• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati Saya Tetap Dengan PDRM – Amar Singh

oleh
05/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Jika diberi pilihan untuk bekerja kembali, saya akan terus memilih untuk berkhidmat dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kerana ia suatu kerjaya yang terbaik dalam dunia,” kata bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Amar Singh, 60, berkata tugasannya dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah selesai selepas berkhidmat 35 tahun dalam pasukan beruniform itu.

“Saya seronok dengan tugasan ini dan tidak pernah menganggap kerja sebagai anggota polis sesuatu yang membebankan.

Walaupun tugas saya sudah tamat, tetapi hati saya tetap bersama PDRM. Ini kerana sejak zaman datuk saya, ayah saya dan kini saya sendiri terlibat dalam pasukan keselamatan ini,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim serta pegawai kanan lain.

Beliau menganggap rampasan serta serbuan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara kes yang paling mencabar serta terbesar yang pernah dikendalikannya.

Amar Singh, yang berasal dari Ulu Kinta, Perak bersara wajib hari ini selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai Kadet ASP pada 2 Feb 1983.

Antara jawatan penting yang pernah disandangnya adalah Komandan Pulapol Kuala Lumpur (2007), Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur (2010), Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/ Perundangan) Bukit Aman (2014) dan Ketua Polis Kuala Lumpur (2016).

Amar Singh dilantik sebagai Pengarah JSJK pada 13 Okt tahun lepas yang menjadikan beliau sebagai pegawai kanan berbangsa Punjabi pertama menjawat jawatan itu.

Beliau sepatutnya mengakhiri perkhidmatan (bersara wajib) pada 6 Jun lepas, namun perkhidmatannya disambung secara kontrak selama enam bulan sehingga esok.

Jawatan Amar Singh kini dipangku Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkuat kuasa hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Eksport Malaysia Pada Oktober Catat Nilai Tertinggi

Next Post

Selama 2 Jam, Ruang Tawaf Dibuka Hanya OKU

Related Posts

Najib Saman Shukri, Amar, Tommy

07/07/2018
0

SAMAN.... Setelah sekian lama dimalukan secara terbuka tanpa sebarang bukti sah, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya telah memfailkan saman...

Nilai Barangan Dirampas Cecah Hingga RM1.1 Bilion

29/06/2018
0

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah antara...

Next Post

Selama 2 Jam, Ruang Tawaf Dibuka Hanya OKU

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd