• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Kaunseling Dipenjara 7 Tahun Beri Sokongan, Miliki Gambar Berkaitan DAESH

oleh Cj Mnh
17/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang guru kaunseling hanya mampu menitiskan air mata di kandang tertuduh selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, kerana memberi sokongan dan memiliki gambar berkaitan kumpulan pengganas Daesh, dua tahun lalu.

Razis Awang, 32, yang memakai baju kemeja bercorak petak dan seluar jeans pada awalnya kelihatan gembira berbual dengan rakan dan keluarganya namun tidak mampu menahan sebak sebaik mereka mengerumuni dan memeluknya selepas dia dijatuhi hukuman.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh yang merupakan guru bimbingan dan kaunseling di sebuah sekolah menengah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Hakim Azman menasihati tertuduh agar tidak mengulangi perbuatannya dan berharap lelaki itu serik dengan hukuman yang dijatuhi mahkamah.

“Sepatutnya sebagai guru, kamu adalah orang pertama yang sedar tentang hal ini (keganasan), tetapi malangnya kamu telah didapati bersalah atas apa yang kamu lakukan. (Selain) hukuman ini, (pemenjaraan), saya percaya kamu juga secara langsung akan terhukum sebagai seorang guru yang telah kehilangan pekerjaan kamu, ini merupakan salah satu hukuman yang memberi kesan untuk kamu dan semua pihak untuk menginsafi dan menjauhkan diri dari aktiviti keganasan,” kata hakim itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi tuduhan memberi sokongan dan penjara dua tahun bagi tuduhan memiliki gambar dan memerintahkan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 30 Mac 2016.

Terdahulu ketika rayuan, peguam Syahredzan Johan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengambil kira tugas tertuduh yang pernah berkhidmat sebagai guru dan tidak pernah menyebar fahaman berkaitan keganasan sebaliknya berkhidmat dengan baik selain hanya memberi sokongan dengan cara berbaiah di dalam aplikasi Telegram serta tidak menunjukkan sokongan secara terbuka termasuk di media sosial.

Timbalan Pendakwa Raya Munirah Shamsudin @ Baharum memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan yang dilakukan itu boleh mengancam keselamatan negara serta kes itu telah melalui perbicaraan penuh apabila mahkamah telah memanggil 11 saksi pendakwaan serta dua saksi pembelaan pada perbicaraan bermula Mac lepas.

Pada 7 Julai 2017, Razis mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan pengetahuan telah memberi sokongan dengan cara berbaiah kepada kumpulan pengganas Daesh menggunakan nama Razis di dalam kumpulan aplikasi telegram ‘gagak hitam’ di Lorong Senangin 2/3 , Taman Senangin , Kulim, Kedah pada 8.11 pagi, 30 Mac 2016.

Dia dituduh mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki enam keping imej di dalam telefon bimbitnya dan tiga keping imej di dalam komputer ribanya yang merupakan item berkaitan dengan kumpulan pengganas di tempat sama pada 7.20 malam, 28 Sept 2016 mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item terbabit. – BERNAMA

Tags: Daeshdipenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd