• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gobind Janji Komited Perkasa Perkhidmatan Kepada Rakyat

oleh
31/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berjanji akan terus komited dalam memperkasa perkhidmatan kepada rakyat melalui fungsi kementeriannya.

Dalam amanat beliau sempena Tahun Baharu ini, beliau berkata dasar, polisi, perundangan dan perkara lain di bawah seliaan jabatan dan agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan terus ditambah baik secara progresif.

“Elemen komunikasi dan multimedia adalah tonggak penting pentadbiran dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat iaitu pembangunan teknologi telah memacu pembangunan dan kesejahteraan bersama,” kata beliau dalam ucapannya yang diterbitkan dalam format video oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional malaysia (Finas).

Gobind turut berkata kerangka strategik baharu yang lebih fokus telah diwujudkan dengan visi “Masyarakat Terhubung, Berinformasi, Kreatif dan Berbudaya Digital”, dalam strategi memperkasakan operasi KKMM.

“Dua misi KKMM adalah memperkasa jaringan dan infrastruktur telekomunikasi digital, komunikasi sosial serta memacu pertumbuhan ekonomi digital dan mengukuhkan masyarakat bermaklumat, terhubung dan berdaya maju menerusi penerangan, penyiaran berkualiti, berkesan dan berintegriti serta mengembangkan industri kreatif negara,” katanya.

Justeru, katanya, semua jabatan dan agensi turut telah dipandu untuk menjadi kerajaan digital mencakupi pelbagai teknologi bagi menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).

Selain itu, katanya, perubahan yang telah diberi fokus pemerkasaan dan penjenamaan merangkumi enam teras utama yang meliputi pemantapan infrastruktur telekomunikasi, pemacuan ekonomi digital, pengukuhan ekosistem komunikasi dan multimedia, peluasan penyebaran maklumat kenegaraan, pemerkasaan perkhidmatan penyiaran dan pemangkin industri kandungan kreatif.

“Namun yang demikian, setinggi mana teknologi, ia seharusnya tidak disalah guna dan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia kerana biarpun berbeza ideologi dan latar belakang, persamaan kita tetap satu iaitu cintakan tanah air.

Marilah raikan tahun baharu yang mendatang dengan perpaduan, toleransi, kegembiraan, kesederhanaan, kasih sayang dan menjunjung prinsip Rukun Negara yang menyatukan kita semua,” kata Gobind. – BERNAMA

Tags: Gobind Singh Deo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

Gobind Pengerusi Baharu DAP, Guan Eng Dilantik Penasihat, Loke Kekal Setiausaha Agung

16/03/2025
0

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu,...

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

Gobind Lawat Ruang Pejabat Baharu Battersea Power Station

23/06/2024
0

LONDON : Battersea Power Station baru-baru ini menerima kedatangan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena acara rangkaian Perbadanan Ekonomi Digital...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd