• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gesa Pihak Bertanggungjawab Segera Baiki Keretakan Jejantas Di Depan HRPB

oleh Ahmad Albab
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri menggesa pihak yang bertanggungjawab segera membaiki semula keretakan struktur jejantas berhadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di Jalan Raja Ashman Shah, di sini.

Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata setakat ini, penghadang telah dipasang di kawasan tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku demi keselamatan orang awam.

“Jalan berkenaan adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan telah diambil maklum pihak berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata keretakan itu berlaku pada dua minggu lepas selepas lori pihak kontraktor iaitu Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd yang sedang membawa jentera terlanggar jejantas berkenaan dan menyebabkan ia teranjak sedikit ke hadapan.

“Ia mengakibatkan keretakan di struktur ‘pier’ dan ‘support’. Bagaimanapun keadaan struktur jejantas masih stabil dan keretakan hanyalah disebabkan impak secara literal daripada pelanggaran tersebut,” katanya.

Abdul Yunus berkata pihak kontraktor berkenaan sedang melaksanakan kajian lanjut berkaitan struktur jejantas dan akan mengemukakan laporan lengkap kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh dua minggu.

“Kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan oleh pihak Mangkubumi selepas mengemukakan laporan tersebut kepada pihak MBI,” katanya. – BERNAMA

Tags: JEJANTASPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

Pengusaha Diberi Tempoh Hingga Oktober Untuk Henti Jualan Vape Di Perak

05/01/2026
0

IPOH: Kerajaan Perak memberi tempoh sehingga Oktober ini kepada pengusaha rokok elektronik atau vape menghentikan penjualannya susulan keputusan melaksanakan larangan...

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Meningkat, Perak, Selangor Menurun Petang Ini

16/09/2025
0

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd