• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng Pecah Rumah Dan Samun Tumpas

oleh
28/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah, curi dan samun yang dikenali ‘Geng Dini’ ekoran penahanan tiga lelaki di sekitar bandar ini dan Seremban sejak 20 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata polis turut merampas dua buah kereta dan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang, lapan unit pendingin hawa, dua unit televisyen dan barangan kemas yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM100,000.

Beliau berkata ujian saringan air kencing ketiga-tiga suspek yang berumur 22 hingga 36 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai rekod berkaitan dadah.

“Siasatan awal mendapati kumpulan yang dipercayai aktif sejak enam bulan lepas itu, terbabit dalam sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah dan samun yang dilaporkan di sekitar daerah ini.

“Modus operandi kumpulan ini ialah melakukan kegiatan jenayah secara berkumpulan dan tiada perancangan di mana sekiranya ada peluang akan melakukan kegiatan tersebut. Faktor utama kumpulan ini melakukan jenayah adalah untuk membeli dadah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Aidi Sham berkata kesemua suspek yang mempunyai rekod lampu membabitkan kes dadah, curi dan samun juga didapati terlibat dengan kes curi di tepi pantai di sini.

“Kebanyakan barang yang dicuri di tepi pantai adalah telefon bimbit. Suspek mencuri telefon bimbit ketika mangsa sedang tidur di dalam khemah,” katanya.

Katanya ketiga-tiga suspek masih ditahan reman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Kes Pecah Rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

Pemain Bola Terbabit Kes Pecah Rumah Disambung Reman 7 Hari Lagi

10/07/2023
0

PONTIAN: Bekas pemain bola sepak dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah pada minggu lalu,...

Kes Pecah Rumah Di Kelantan Meningkat

11/12/2018
0

KOTA BHARU - Kes jenayah pecah rumah di negeri ini meningkat sebanyak 18.6 peratus tahun ini iaitu 630 kes sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd