• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Bumi Di Sicily: 28 Cedera, 600 Hilang Rumah

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROM – Dua puluh lapan orang cedera di Sicily pada Rabu dalam bencana gempa bumi yang berlaku akibat letusan Gunung Etna, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa Itali.

Menurut kenyataan Institut Geofizik dan Volkanologi Nasional Itali (INGV), letusan gunung berapi itu mengakibatkan satu gempa bumi berukuran 4.8 pada skala Richter yang berlaku pada pukul 3.19 pagi waktu tempatan pada kedalaman kira-kira sekilometer.

Pusat gempa terletak beberapa kilometer di utara Catania, bandar kedua terbesar di Sicily, yang tidak mengalami sebarang kerosakan.

Gegaran kuat gempa telah didahului kira-kira 1,000 getaran kecil sejak beberapa hari kebelakangan ini, kebanyakannya tidak disedari orang ramai, menurut institut itu.

Sekurang-kurangnya 10 daripada 28 mangsa yang cedera — kebanyakannya warga emas — telah dikejarkan ke hospital namun tiada yang berada dalam keadaan serius, lapor agensi berita Ansa.

Secara keseluruhan, kira-kira 600 orang telah dipindahkan dari rumah mereka atas alasan berjaga-jaga pada Rabu.

Situasi terburuk telah dicatat di Zafferana Etnea dan Fleri — sebuah pekan kecil dan perkampungan desa di kawasan metropolitan sekitar Catania — di mana kebanyakan gegaran berlaku.

Selain kedua-dua lokasi, empat lagi majlis perbandaran sekitar Catania adalah antara kawasan paling terjejas akibat bencana itu, menurut Ansa.

Dalam mesej yang disiarkan dalam akaun Facebook dan Twitter, Gabenor Sicily Nello Musumeci menjelaskan bahawa beliau telah bertemu pihak berkuasa tempatan semua enam majlis perbandaran yang paling teruk terjejas pada Rabu untuk merancang intervensi pasca peristiwa.

“Wilayah ini kini mengambil bahagian dalam jadual pengurusan krisis yang telah berlaku di Catania,” menurut Musumeci.

“Kami telah memantau situasi di hospital, namun pemeriksaan awal menunjukkan tiada kecederaan serius yang dialami selain beberapa luka lebam,” kata gabenor itu.

Sebuah jawatankuasa kecemasan Perlindungan Awam telah dipanggil pada pukul 5 pagi bagi menilai situasi dan membuat rumusan pada penghujung hari selepas menghantar pasukan teknikal untuk menyokong pihak berkuasa tempatan dalam membantu penduduk di keenam-enam majlis perbandaran yang terjejas.

Gunung Etna, yang berada pada ketinggian 3,350 meter atas paras laut, terletak di bahagian timur Sicily dan merupakan gunung berapi terbesar serta tertinggi di Eropah, selain antara gunung berapi paling aktif di bumi, menurut INGV.

Ia adalah sebuah gunung berapi yang aktif dengan aktif berulang secara relatif. – BERNAMA

Tags: gempa bumiItali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

Trem Terbabas Rempuh Bangunan Di Milan, Dua Maut Dan Puluhan Cedera

28/02/2026
0

MILAN — Suasana pagi di bandar Milan bertukar kecoh apabila sebuah trem terbabas sebelum merempuh bangunan di kawasan bandar pada...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd