• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa 6.9 Richter Di Mindanao, Amaran Tsunami

oleh
29/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEGARAN… Satu gempa berukuran 6.9 skala Richter dikesan melanda sebuah pulau di wilayah Mindanao di selatan Filipina pagi Sabtu, menurut agensi kajian geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun tiada laporan kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan pihak berkuasa tempatan. Gempa itu berpusat 193 kilometer dari bandar raya General Santos dengan kedalaman 59 kilometer dari paras laut.

Pada mulanya, pihak USGS merekodkan gegaran dengan kekuatan cecah 7.2 skala Richter sebelum kemudian bertindak menurunkan ukuran gempa bumi tersebut setelah melakukan penyelarasan mengikut kadar sebenar.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii dalam pada itu turut keluarkan peringatan gelombang tsunami mungkin berlaku di sebahagian Lautan Pasifik dekat kawasan gegaran namun tidak sampai ke pantai kepulauan Hawaii.

Jurucakap pusat berkenaan dilaporkan berkata, ancaman tsunami kebarangkalian boleh berlaku dalam lingkungan 300 kilometer dari pusat gempa tersebut meliputi sebahagian besar gugusan Filipina dan jirannya, Indonesia.

Kali terakhir Filipina dilanda gempa terkuat iaitu 7.2 skala Richter ialah pada 15 Oktober 2013 di Bohol, sebuah pulau wilayah Visayas, tengah negara itu meragut 222 nyawa dan hampir 1,000 cedera. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: gempaUSGS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi 6.3 Magnitud Landa Pantai Taiwan

09/05/2022
0

TAIPEI: Satu gempa bumi berukuran 6.3 skala Ritcher melanda pantai Taiwan, hari ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...

Gempa Bumi Kuat Di Barat Iran

26/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6 pada skala Richter berlaku di Barat Iran pada pukul 6:13 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd