• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final Piala AFF: Kaunter Tiket Khas Buat Penyokong

oleh Cj Mnh
07/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menyediakan satu kaunter khas untuk pembelian tiket aksi final pertama antara Malaysia dan Vietnam bagi penyokong Harimau Malaya yang hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Bangkok, 5 Disember lepas.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata FAM sudah bersetuju untuk meluluskan pembelian dua tiket bagi setiap penyokong yang mempunyai keratan tiket perlawanan di Bangkok.

“Jadi, penyokong yang pergi ke Bangkok hanya perlu menunjukkan keratan tiket sebelum ini dan mereka layak membeli maksimum dua tiket di kaunter khas yang akan dibuka nanti. Lokasinya akan diberitahu kemudian.

“Itulah satu penghargaan daripada FAM kepada penyokong setia Harimau Malaya yang sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk menyaksikan perlawanan di sana (Bangkok),” katanya ketika ditemui Bernama di Wisma FAM hari ini.

Sementara itu, Stuart menjelaskan terdapat kesilapan daripada pihak pengurusan tiket dijual secara dalam talian di www.tickethotline.com.my yang membuka jualan lebih awal daripada sepatutnya.

“Memang diakui ada kesilapan daripada pihak pengurusan tiket yang membuka talian menjual lebih awal dan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau, bagaimanapun berkata sistem di www.tickethotline.com.my berkeupayaan melakukan 100,000 transaksi dalam seminit.

“Jadi kalau 20,000 tiket yang dijual secara dalam talian, seorang beli empat tiket, memang dalam masa singkat akan habis tiket berkenaan,” katanya.

Terdahulu, FAM menerusi laman Facebooknya berkata kesemua tiket yang diperuntukkan habis dijual dalam masa singkat sahaja selepas www.tickethotline.com.my memulakan jualan setengah jam lebih awal untuk menguji sistem daripada waktu sepatutnya pada 9 pagi tadi.

Susulan itu, FAM mengambil pendekatan menambah jumlah tiket dalam talian daripada 20,000 keping kepada 30,000 keping dengan baki 10,000 itu akan dijual secara dalam talian bermula 9 pagi esok.

Seterusnya baki 40,000 tiket fizikal akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, bermula Ahad ini.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 akan menggunakan format timbal balik dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Disember, sebelum aksi final kedua di Hanoi, 15 Disember ini. – BERNAMA

Tags: kaunter tiketPiala AFF Suzuki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

Piala AFF Suzuki 2018 Bukti Semangat Patriotisme, Kebersamaan Rakyat Malaysia

16/12/2018
0

KUALA PILAH - Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd