• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Final Piala AFF: Kaunter Tiket Kecoh, Penyokong ‘Lemas’

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lautan manusia yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini bagi mendapatkan tiket ke perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Malaysia dan Vietnam pada Selasa ini mencetuskan beberapa insiden termasuk kekecohan.

Tinjauan Bernama mendapati barisan panjang menunggu di kaunter A dan E stadium sebelum jualan tiket dibuka kira-kira 10 pagi dengan sebahagian yang ditemui berkata mereka berada di stadium itu sejak 8 malam tadi.

Keadaan menjadi kecoh apabila ada yang meninggalkan barisan dan mula berasak-asak untuk ke depan kaunter.

“Saya kurang berpuas hati dengan penguatkuasaan di kaunter kerana pihak polis pun datang lewat dan apabila kaunter dibuka sahaja orang ramai terus menyerbu,” kata Shahrul Asyraaf Termizi ketika ditemui Bernama di lokasi.

Menurut pemuda berusia 24 tahun dari Taman Melawati itu, keadaan bertambah kecoh apabila ada yang datang lewat namun cuba memotong barisan menyebabkan berlaku insiden tolak-menolak sehingga ada yang terjatuh.

Dia juga meluahkan rasa hampa kerana gagal mendapatkan tiket sekalipun berbaris di stadium itu sejak 8 malam tadi.

Menurut penuntut kolej swasta, Haziq Farhan, keadaan malam tadi tenang dengan semua yang tiba beratur dengan baik.

“Namun, lebih kurang pukul 8 pagi tadi, penyokong yang baru datang menolak penyokong yang di depan sehingga ada kanak-kanak dan wanita tersepit dan sesak nafas.

“Pihak berkuasa pun gagal mengawal keadaan. Saya mengambil keputusan untuk pulang tanpa membeli tiket,” katanya.

Keadaan penyokong yang semakin tegang reda apabila Pasukan Simpanan Persekutuan tiba dan mengawal keadaan.

Sebanyak 80,000 tiket dengan separuh dijual dalam talian pada Jumaat dan semalam, habis dibeli dalam masa singkat. – BERNAMA

Tags: Piala AFF Suzuki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

Piala AFF Suzuki 2018 Bukti Semangat Patriotisme, Kebersamaan Rakyat Malaysia

16/12/2018
0

KUALA PILAH - Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd