• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Beri Bayangan Positif Status Kontrak Cheng Hoe

oleh
16/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi memberi bayangan positif mengenai kedudukan Tan Cheng Hoe selaku Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, selepas ini.

Mohd Yusoff yang juga pengurus pasukan kebangsaan berkata secara dasarnya Cheng Hoe melepasi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan dengan membimbing pasukan kebangsaan mara ke final Piala AFF Suzuki 2018.

Kontrak pengendali skuad Harimau Malaya itu akan berakhir 31 Dis ini.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan akan memutuskan kedudukannya (Cheng Hoe) selepas ini. Mesyuarat itu dijangka diadakan pada awal Januari depan.

“Pihak jawatankuasa tetap akan menilai keseluruhan perlawanan dibawa Tan Cheng Hoe. Selain itu, kita akan membincangkan perkara perlu ditambah baik mengenai prestasi skuad kebangsaan.

“Bukan soal kontrak sambung atau tidak, paling penting adalah memperbaiki kelemahan pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari Hanoi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Kira-kira 300 penyokong hadir memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan di KLIA.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata sokongan peminat bola sepak tempatan kali ini sangat luar biasa walaupun pasukan negara tidak dapat menjulang Piala AFF Suzuki 2018.

“Saya percaya penyokong datang kerana menghargai permainan ditunjukkan pasukan kebangsaan. Walaupun kalah, pemain telah bermati-matian untuk memenangi perlawanan namun nasib tidak menyebelahi mereka,” katanya.

Harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau lapan tahun menjulang Piala AFF Suzuki tidak kesampaian setelah kalah tipis 0-1 kepada Vietnam pada aksi final kedua di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, malam semalam.

Keputusan itu menyaksikan Vietnam muncul juara buat kali kedua selepas 2008 menerusi keputusan agregat 3-2, dan sekali gus meranapkan impian Malaysia meraih kejuaraan kedua selepas edisi 2010. – BERNAMA

Tags: Tan Cheng Hoe
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ada Pihak Cuba Renggangkan Hubungan Baik Saya Dan Dr Mahathir

Next Post

Bersatu Tidak Terima Pemohonan Keahlian Secara Membuta Tuli

Related Posts

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe Gesa Tiada Kesilapan Mudah Bertemu Vietnam

12/12/2021
0

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, menuntut pemain negara agar tidak melakukan kesilapan mudah sewaktu berdepan Vietnam dalam aksi...

Jaringan Awal Vietnam ‘Musnahkan’ Malaysia – Cheng Hoe

16/12/2018
0

HANOI - Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui jaringan awal oleh pasukan Vietnam seakan ‘memusnahkan’ segala perancangan...

Next Post

Bersatu Tidak Terima Pemohonan Keahlian Secara Membuta Tuli

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd