• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Faktor Keselamatan Punca Hari Hak Asasi Ditunda

oleh Ahmad Albab
08/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Risiko keselamatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan orang awam antara faktor utama Sambutan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 yang dijadual berlangsung hari ini ditangguhkan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihak polis telah menasihatkan penganjur supaya menangguhkan sambutan berkenaan berikutan perhimpunan ‘kesyukuran’ bagi meraikan langkah kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung pada hari yang sama.

“Ia dibatalkan kerana ada kaitan dengan perhimpunan ICERD pada petang ini kemudian ada juga isu-isu keselamatan yang kami khuatir jika diadakan serentak.

“Maka kami bagi nasihat pada penganjur sambutan berkenaan supaya menangguhkan pada esok (Ahad),” katanya pada sidang media sempena majlis berkhatan perdana Polis Diraja Malaysia 2018, di Masjid Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata bentuk ancaman yang dijangka berlaku tidak boleh didedahkan, namun pihak polis memandang serius isu keselamatan negara termasuk keselamatan orang awam.

“Perdana Menteri (Tun Mahathir) juga dijadual hadir pada sambutan di padang berkenaan dan kami sebagai pasukan keselamatan bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan beliau serta rakyat Malaysia.

Sekiranya apa-apa terjadi pada sambutan itu, kami juga yang akan dipersalahkan kemudian,” katanya.

Semalam, sambutan Hari Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk memperingati Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa 2018 telah dijadualkan semula kepada esok.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata bahawa venue dan masa acara itu tetap sama iaitu di Padang Timur, Petaling Jaya, dari 9 pagi hingga 3 petang dan berkata penangguhan sambutan esok dibuat atas nasihat pihak berkuasa. – BERNAMA

Tags: Hari Hak Asasi ManusiaTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd