• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Erdogan, Trump Bincang Isu Syria Susulan Pengunduran Tentera AS

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dan rakan sejawat beliau dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Ahad membincangkan isu Syria dalam satu perbualan telefon susulan pengunduran tentera darat AS dari Syria, lapor agensi berita China Xinhua.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh presiden Turki itu, Erdogan dan Trump bersetuju memastikan koordinasi diplomatik dan ketenteraan bagi mencegah kekosongan dari segi kewujudan pihak berkuasa susulan pengunduran AS dari Syria.

Erdogan turut melahirkan rasa puas hati dengan langkah yang diambil oleh Washington dalam isu memerangi keganasan di Syria, dan berkata Turki bersedia menghulurkan sebarang bantuan.

Erdogan berkata dalam akaun Twitter selepas rundingan itu bahawa kedua-dua pemimpin bersetuju mempertingkat koordinasi dalam pelbagai isu, termasuk hubungan perdagangan dan perkembangan di Syria.

Pada 19 Dis, Washington mengumumkan untuk mengundurkan tenteranya dari Syria selepas mendakwa meraih kemenangan dalam perjuangan menentang kumpulan militan Daesh tanpa mendedahkan sebarang butiran terperinci.

Susulan langkah AS itu, Erdogan pada Jumaat berkata Turki telah memutuskan untuk menangguhkan operasi rentas sempadannya di kawasan yang dikuasai militia Kurdish di utara Syria. – BERNAMA

Tags: ErdoganTrump
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Venezuela Akan ‘Serahkan’ Sehingga 50 Juta Tong Minyak Kepada AS – Trump

Venezuela Akan ‘Serahkan’ Sehingga 50 Juta Tong Minyak Kepada AS – Trump

07/01/2026
0

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS) , Donald Trump pada Selasa berkata bahawa kerajaan interim Venezuela akan menyerahkan sehingga 50...

Nethanyahu Tidak Mahu Gencatan Senjata – Trump Berikan Tekanan Hebat Untuk Tandatangan Juga

Nethanyahu Tidak Mahu Gencatan Senjata – Trump Berikan Tekanan Hebat Untuk Tandatangan Juga

12/10/2025
0

Nethanyahu Tidak Mahu Gencatan Senjata - Trump Berikan Tekan Hebat Untuk Tandatangan Juga 11 Oktober 2025 | Mynewshub KUALA LUMPUR:...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd