• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kes Rabies Baharu Di Kalangan Manusia Di Sarawak

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Terdapat dua kes baharu disyaki rabies di kalangan manusia di Sarawak, satu daripadanya melibatkan kematian seorang lelaki berumur 74 tahun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata lelaki itu yang berasal dari Kuching, meninggal dunia pada 7 Dis semasa dalam rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan penyebab kematian sebagai ‘clinical rabies’, manakala satu kes disyaki masih dalam rawatan dan pemerhatian pakar perubatan di HUS, melibatkan seorang lelaki berumur 64 tahun, juga dari Kuching.

Spesimen klinikal kedua-dua kes disyaki rabies telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan dan kedua-dua kes disyaki masih menunggu keputusan ujian makmal bagi pengesahan penyakit, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sejak 30 Jun, 2017 sehingga hari ini, jumlah kes yang disahkan rabies di kalangan manusia di Sarawak adalah 14 orang termasuk 13 kematian dan satu kes dirawat di rumah dengan komplikasi neurologi.

Sehingga 7 Dis, 2018, katanya kerajaan Sarawak telah mengisytiharkan 56 buah kawasan di 11 Bahagian di Sarawak sebagai kawasan jangkitan rabies.

Hanya Limbang sahaja yang masih bebas rabies di kalangan haiwan.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Sarawak akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, agensi-agensi lain serta negara jiran bagi memastikan langkah pencegahan serta kawalan jangkitan rabies dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi menjayakan tindakan pencegahan dan kawalan yang dijalankan agar wabak rabies ini dapat segera dikawal,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Rekod Satu Kes Baharu Rabies

28/11/2018
0

KUCHING - Sarawak merekodkan satu lagi kes rabies dalam kalangan manusia apabila seorang lelaki disahkan dijangkiti penyakit itu semalam, menjadikan...

Rabies: 12 Maut Di Sarawak Kata Menteri

13/11/2018
0

KUCHING – Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak melaporkan 13 kes jangkitan rabies telah disahkan di Sarawak, yang mana 12 daripada mangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd