• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Doa Himpunan Anti-ICERD Lancar

oleh
07/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan perhimpunan anti-Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskrimininasi Kaum (ICERD) di ibu negara esok berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak berhasrat untuk menghalang penganjur perhimpunan tersebut kerana ia bertentangan dengan dasar kerajaan yang mendokong prinisp-prinsip demokrasi.

“Saya berdoa agar perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Marilah kita sama-sama meraikan demokrasi di Malaysia,” katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Twitternya, hari ini.

Beliau berkata walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak akan meratifikasikan ICERD namun beliau dimaklumkan beberapa pihak menyatakan ia akan diteruskan sebagai tanda kesyukuran terhadap keputusan kerajaan itu.

“Saya tidak nampak perlunya perhimpunan itu perlu diteruskan, “ katanya.

Bagaimanapun, Mahathir mengucapkan terima kasih atas sokongan yang ditunjukkan pihak penganjur jika perhimpunan tersebut diadakan atas rasa kesyukuran.

Justeru, beliau meminta penganjur membantu polis dan pihak berkuasa tempatan supaya memastikan tidak berlaku sebarang kekacauan atau kerosakan terhadap harta benda awam semasa perhimpunan tersebut.

Selain itu, perdana menteri meminta penganjur supaya menjaga kebersihan di sepanjang laluan perhimpunan serta tidak membuang sampah ​​​​​​ di merata-rata tempat.

Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan perhimpunan kesyukuran ICERD itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, dilaporkan berkata melalui kelulusan itu, pihak penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad bermula jam 2 hingga 6 petang.

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD dan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: ICERDMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

Syed Saddiq ‘Musuh Dalam Selimut’ Negara

29/10/2022
0

Petikan Page Viral Posts (FB) ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesetaraan kaum...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd