• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Dzulkefly Tidak Takut Hilang Undi Berikutan Larangan Merokok

oleh
16/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan beliau tidak bimbang akan kehilangan undi pada pemilihan Parti Amanah Negara (Amanah) tahun depan susulan cadangan larangan merokok di premis makanan yang dikeluarkan kementerian itu.

Pengarah Strategi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah itu berkata beliau akan tetap menjalankan tugas serta tanggungjawabnya, dan cadangan yang dianggap dianggap ‘tidak popular’ itu tidak akan berubah.

“Ada sahabat yang menegur saya mengatakan tahun hadapan, tahun pemilihan (parti), saya tidak akan dapat undi mereka… tak apa. Biar saya kalah atas mendirikan prinsip menjamin kesihatan rakyat,” katanya ketika sesi penggulungan pimpinan nasional di Konvensyen Nasional Amanah 2018 di sini hari ini.

Dr Dzulkefly yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor berkata sejak diamanahkan memegang jawatan Menteri Kesihatan, beliau berhasrat menambah baik perkhidmatan kesihatan negara.

“Statistik sekarang menunjukkan nisbah satu doktor kepada 630 penduduk, yang sewajarnya sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan ekonomi, kita sepatutnya ada satu doktor kepada 430 penduduk.

“Dengan 1.9 katil kepada 1,000 penduduk, kita masih jauh lagi untuk memenuhi segala bekalan fasiliti kesihatan, hospital dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Dzulkefly Ahmad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

[TIDAK RASMI] Dzulkefly Diekori Rapat Tengku Zafrul Di Kuala Selangor

19/11/2022
0

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan...

Insiden Pencemaran Bukan Punca Kematian Penduduk – Menteri

08/07/2019
0

PUTRAJAYA - Punca kematian penduduk Taman Cahaya Masai, Marini Kasman bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang. Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd