• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dobi Layan Diri Jadi Pilihan Musim Tengkujuh

oleh
19/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Musim tengkujuh dengan hujan lebat yang berterusan di Kelantan sejak beberapa minggu lepas menjadikan perniagaan dobi layan diri mendapat sambutan luar biasa.

Tinjauan Bernama di sekitar Kota Bharu mendapati kebanyakan kedai dobi dipenuhi pelanggan malah ramai yang sanggup menunggu sehingga lebih dua jam untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci dan mengeringkan pakaian.

Seorang pelanggan, Mohd Azilah Mat Zain, 39, yang berasal dari Jelawat, Bachok berkata beliau sanggup mendapatkan perkhidmatan mencuci dan mengering di sebuah dobi di Pasir Tumboh berikutan kebanyakan kedai dobi berdekatan rumahnya sesak dengan pelanggan.

“Perkhidmatan dobi terutamanya untuk mengering pakaian memang menjadi keperluan utama pada musim tengkujuh. Hujan yang berterusan menyebabkan pakaian tidak kering di ampaian. Alternatif yang paling berkesan ialah dengan menggunakan mesin mengering di kedai dobi,” katanya.

Katanya beliau mula menggunakan perkhidmatan dobi tiga kali seminggu sejak musim tengkujuh bermula bulan November lepas.

Mohd Azilah berkata beliau tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit belanja tambahan untuk perkhidmatan dobi memandangkan ia menjadi keperluan isteri dan empat anaknya setiap kali musim tengkujuh.

Sementara itu, Mohd Khairul Hakimi, 33, berkata beliau sanggup menunggu sehingga lebih dua jam untuk mengeringkan pakaian keluarganya yang balik bercuti ke kampungnya di Melor di sini sejak seminggu lepas.

“Kami tidak membawa pakaian yang banyak ketika pulang ke kampung. Jadi untuk memastikan anak-anak dapat menukar pakaian kami menggunakan khidmat mengering di kedai dobi,” katanya.

Katanya kebanyakan adik-beradiknya juga turut pulang ke kampung menyebabkan ruang ampaian tidak mencukupi selain banyak pakaian kotor tidak dapat dibasuh kerana hujan.

Dalam pada itu, pengusaha sebuah premis dobi di Pasir Tumboh, Azham Zakaria berkata pendapatan yang diperoleh sepanjang musim tengkujuh akan digunakan untuk menampung kos yang ditanggung pada hari biasa kerana perkhidmatan dobi hanya mendapat permintaan tinggi ketika musim hujan.

“Musim tengkujuh memberi sedikit kelegaan kepada pengusaha dobi kerana ramai yang menggunakan khidmat mencuci dan mengering,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dobi Layan Diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Bunuh Kucing Dalam Mesin Dobi Dipenjara 34 Bulan

05/11/2019
0

SELAYANG - Seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing bunting dalam pengering pakaian di sebuah dobi layan...

Pekerja Kontrak Bunuh Kucing Dalam Mesin Dobi Diarah Bela Diri

12/09/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing yang dipercayai bunting dengan memasukkannya ke dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd