• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Negara Lulus RUU Perbekalan 2019

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2019 yang memperuntukkan sejumlah RM314.5 bilion untuk perbelanjaan kerajaan bagi tahun berkenaan.

RUU berkenaan yang diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 8.30 malam ini, dibahaskan lima hari bermula 11 Dis lepas, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari berakhir hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata penyumbang yang memberi sumbangan kepada tabung penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) juga layak mendapat potongan cukai.

Katanya penyumbang boleh menuntut potongan cukai berkenaan dengan syarat SJK itu telah mendapat kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi penubuhan Tabung Pembinaan Sekolah dan Tabung Sumbangan Awam sekolah.

“Penyumbang layak menuntut potongan cukai sehingga 10 peratus bagi syarikat dan sehingga tujuh peratus bagi bukan syarikat sekiranya sebuah SJK itu telah mendapat kelulusan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi penubuhan Tabung Pembinanan Sekolah dan Tabung Sumbangan Awam sekolah untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran,” katanya.

Sebelum ini, ketika pembentangan Belanjawan 2019 diumumkan kesemua penyumbang kepada tabung penyelenggaraan sekolah kerajaan dan institut pengajian tinggi awam di bawah Kementerian Pendidikan layak menuntut potongan cukai ke atas sumbangan mereka dalam pengiraan cukai pendapatan mulai 1 Jan 2019.

Persidangan bersambung esok. – BERNAMA

Tags: Dewan NegaraRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd