• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Benarkan Perhimpunan Kesyukuran ICERD Di Jalan Raja

oleh
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan perhimpunan ‘kesyukuran’ meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja, di sini, pada Sabtu ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata pihaknya hanya membenarkan penganjur menggunakan Jalan Raja sahaja iaitu di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai lokasi perhimpunan dari pukul 2 petang hingga 6 petang.

“Kami telah menerima permohonan daripada penganjur yang terdiri daripada MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), UMMAH (Gerakan Pembela Ummah), dan DAULAT (Persatuan Bekas Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia) sahaja pada 27 Nov lepas.

“Sepanjang perhimpunan kesyukuran itu berlangsung, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan…. Jalan Raja serta padang Dataran Merdeka akan ditutup pada hari itu,” katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata pihaknya mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengawal lalu lintas dan keselamatan awam.

“PDRM akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi membincangkan secara terperinci mengenai perhimpunan itu,” katanya.

Pada 23 Nov lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD dan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetujui wakil semua kaum ketika pembentukan negara ini.

Susulan kenyataan itu, Ketua Sekretariat Gerakan Pembela Ummah, Aminuddin Yahaya, memaklumkan perhimpunan di Dataran Merdeka pada Sabtu ini tetap diteruskan namun ditukar menjadi majlis kesyukuran.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan memaklumkan UMNO akan menyertai perhimpunan itu sebagai tanda ‘terima kasih’ terhadap keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD. – BERNAMA

Tags: DBKLICERD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

DBKL Sita Peralatan ‘Mobilegrapher’ Di Pintasan Saloma, KLCC

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 23 peralatan jurugambar haram 'mobilegrapher' serta ambil tindakan terhadap penjaja air tanpa...

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

Pegawai Kanan Dalam ‘Top 5’ DBKL, 2 Kontraktor Ditahan Kes Rasuah Projek IT

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi. BH difahamkan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd