• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Berhasrat Bertanding PRK Cameron Highlands

oleh
01/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – DAP berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands memandangkan ia merupakan kerusi tradisi parti itu, kata Setiuasaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Lim yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya akan melaporkan perkara tersebut (bertanding) kepada Pakatan Harapan.

“Ya tentu itu (kerusi Parlimen Cameron Highlands) akan ditandingi oleh parti DAP. Kita akan laporkan kepada Pakatan Harapan dan memandangkan ini adalah kerusi DAP, secara tradisi akan ditandingkan semula oleh calon DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Smart Green Community’ di Tapak Pertanian Dalam Bandar Lebuh Padang Tembak, Air Itam di sini hari ini.

Lim mengulas sama ada DAP akan meletakkan calon parti itu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya semalam yang mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, adalah terbatal dan tidak sah.

Hakim Datuk Azizah Nawawi semalam membuat keputusan pembatalan itu selepas mendapati bahawa terbukti wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan oleh Anggota Parlimen kawasan itu, Datuk C Sivarraajh.

Mengulas lanjut, Lim berkata beliau telah mengarahkan calon DAP bagi kerusi itu sebelum ini M. Manogaran untuk mengerahkan organisasi bagi tujuan tersebut (pilihan raya kecil).

“Tetapi saya difahamkan mereka (Barisan Nasional) akan membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah ini. Jadi kita tunggu dahulu keputusan ini. Mungkin masa agak panjang lagi kerana saya difahamkan pendengaran kes ini mungkin pada bulan Januari atau akhir Januari dan selepas itu baru keputusan. Sekiranya ada apa-apa pilihan raya kecil mungkin selepas Tahun Baharu Cina, kita tunggu masa itu,” katanya.

Pada 4 Jun lepas, calon DAP M. Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 pada 9 Mei lepas bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. – BERNAMA

Tags: DAPPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd