• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CFO Huawei Mohon Ikat Jamin

oleh Ahmad Albab
10/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TORONTO – Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologies Co Ltd menegaskan beliau perlu dibenarkan ikat jamin sementara menantikan sesi pendengaran ekstradisi disebabkan masalah hipertensi teruk dan bimbang dengan kesihatannya ketika dalam penjara di Kanada, menurut dokumen mahkamah.

Meng Wanzhou berusaha dibebaskan dengan ikat jamin selepas beliau ditangkap pada 1 Disember lalu di Kanada atas permintaan Amerika Syarikat.

Meng, 46, berhadapan tuduhan Amerika Syarikat beliau menyembunyikan hubungan syarikatnya dengan firma yang cuba menjual peralatan ke Iran walaupun dikenakan sekatan, kata pendakwa raya Kanada Jumaat lalu.

Beliau membantah ikat jamin terhadap Meng ketika menantikan ekstradisi ke AS.

Dalam afidavit bersumpah, Meng berkata beliau tidak bersalah dan akan mencabar tuduhan itu dalam perbicaraan di AS jika beliau diserahkan kepada negara itu.

Meng juga berkata, beliau dibawa ke hospital untuk rawatan bagi hipertensi selepas ditahan.

China mengutuk keras penahanan beliau dan menuntut Meng dibebaskan segera.

Dalam permohonan ikat jaminnya sementara menantikan sesi pendengaran ekstradisi, Meng berkata beliau ada hubungan baik dengan Vancouver sejak sekurang-kurangnya 15 tahun lalu, selain memiliki hartanah di bandar raya itu.

Keluarganya juga akan kekal di Vancouver jika beliau dibenarkan ikat jamin, menurut dokumen mahkamah, dengan suaminya bercadang membawa anak pasangan itu ke Vancouver untuk bersekolah sepanjang perbicaraan. — Reuters/BH ONLINE

Tags: Huaweiikat jamin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penganjur Perlu Patuhi Undang-Undang Dan Peraturan Sedia Ada

Next Post

Gambar Pemimpin PH Dilelong Raih RM1.22 Juta

Related Posts

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

Keputusan Ikat Jamin CEO GISBH, Isteri Dan 19 Pemimpin Tertinggi 24 Mac

17/03/2025
0

KAJANG – Nasib sama ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Nasiruddin Mohd Ali; isterinya, Azura Md...

Sarjan Direman Bantu Siasatan Satu Lagi Kes Rogol

Permohonan Ikat Jamin 13 Dituduh Culik Lelaki Palestin Ditolak

02/02/2024
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menolak permohonan 13 individu yang dituduh menculik seorang lelaki warga Palestin...

Next Post

Gambar Pemimpin PH Dilelong Raih RM1.22 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd