• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadang Najib Dilantik Ketua Umum UMNO

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dicadangkan supaya dilantik sebagai Ketua Umum parti itu dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, berkata cadangan itu penting susulan keputusan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan untuk menjalankan tugas Presiden parti.

“Dalam situasi kritikal begini, UMNO perlu khidmat seorang pemimpin yang berpengalaman dan dihormati oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih belum melompat dan yang sudah melompat.

“Atas dasar itu, saya mencadangkan supaya Datuk Seri Presiden UMNO, melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Umum UMNO dan Ketua Pembangkang, sementara Presiden UMNO bercuti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid semalam ketika program Wacana U3.0 anjuran Penerangan UMNO mengambil keputusan memberi kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak lebih ramai pemimpin dan ahli UMNO keluar daripada parti itu.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, pelantikan itu penting bagi memastikan kestabilan parti berusia 72 tahun itu.

“Lebih separuh ahli UMNO yang mengundi Datuk Seri Presiden sudah pasti tidak boleh menerima kepemimpinan Timbalan Presiden yang sekalipun tidak pernah mempertahankan Presiden ketika beliau diserang oleh pihak yang mahu beliau bercuti.

“Justeru, saya mohon sokongan pihak-pihak yang bersetuju dengan cadangan saya ini untuk membuat kenyataan yang sama seberapa segera yang boleh. Terima kasih,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakLokman Noor Adam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd