• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Kekal Dibuka Rendah Lagi

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia kekal dalam aliran rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi pasaran global lainnya, kata peniaga.

Pada 9.04 pagi ini, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.56 mata kepada 1,683.71 berbanding 1,688.27 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk utama itu dibuka 4.92 mata lebih rendah kepada 1,683.35.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 100 berbanding 60 dengan 119 kaunter tidak berubah, 1,590 tidak didagangkan manakala 23 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 115.82 juta unit bernilai RM34.17 juta.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan itu dijangka terus lemah berikutan tindakan pelabur memberi tumpuan terhadap mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum yang dijadualkan hari ini.

“Mesyuarat itu antara lainnya membincangkan topik seperti dasar keluaran minyak mentah yang dapat memaparkan beberapa petunjuk kepada pasaran global termasuk Malaysia yang juga antara negara pengeluar minyak dunia,” katanya.

Minyak mentah Brent yang juga penanda aras dunia, susut 0.84 peratus kepada US$61.56 setong.

Saham aktif menyaksikan Tatt Giap menokok setengah sen kepada 1.5 sen, Astro naik s​​​​​​embilan sen kepada RM1.38, Techbond meningkat 2.5 sen kepada 88.5 sen manakala Bumi Armada untung setengah sen kepada 16 sen.

Indeks FBM Emas Syariah merosot 32.87 mata kepada 11,653.01, FBM 70 turun 16.28 mata pada 13,549.76 dan Indeks FBM Ace susut 0.94 mata kepada 4,742.88.

Indeks FBM Emas juga berkurangan 27.58 mata kepada 11,626.13 dan Indeks FBMT 100 turun 27.12 mata kepada 11,501.82.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 79.52 mata kepada 6,825.80, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.08 mata kepada 17,452.73 namun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.79 mata kepada 170.66. – BERNAMA

Tags: bursa malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd