• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan IHH dan Axiata membantu menaikkan petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dengan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.46 mata kepada 1,675.74 daripada 1,670.28 semasa ditutup pada Jumaat.

Selepas dibuka rendah 0.29 mata kepada 1,669.99, FBM KLCI bergerak antara 1,658.10 dan 1,676.64 sepanjang sesi.

Peniaga berkata sebahagian belian di kaunter saham wajaran tinggi disebabkan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun, bagaimanapun ia mungkin diimbangi berikutan sentimen pasaran yang kurang menggalakkan di peringkat global.

Kaunter paling untung, IHH menambah 13 sen kepada RM5.48, Axiata meningkat 12 sen kepada RM3.98 dan MISC naik 18 sen kepada RM6.33.

Pasaran terus berhati-hati mengenai potensi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS dan penutupan kerajaan AS yang berpanjangan bermula Jumaat lepas dan boleh dilanjutkan hingga Januari, katanya.

Di pasaran lebih luas di Bursa Malaysia, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 314 berbanding 288, manakala 303 kaunter tidak berubah, 983 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 738.29 juta unit bernilai RM411.30 juta.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi yang lain, Maybank tidak berubah pada RM9.29, PBBank menambah empat sen kepada RM24.72, Tenaga naik 12 sen kepada RM13.60 dan CIMB menokok dua sen kepada RM5.67.

Indeks FBM Emas naik 36.81 mata kepada 11,407.92, Indeks FBMT 100 menambah 38.02 mata kepada 11,327.04, FBM 70 meningkat 47.90 mata kepada 12,874.09 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 50.30 mata kepada 11,368.97, bagaimanapun Indeks FBM Ace susut 1.18 mata kepada 4,257.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 5.35 mata kepada 17,148.89, Indeks Perladangan berkurangan 67.65 mata kepada 6,742.61 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.06 mata kepada 165.53. – BERNAMA

Tags: bursa malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd