• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buda Anchah Azam Raih Pingat Emas Di Seoul Tahun Hadapan

oleh
18/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Atlet bina badan negara, Buda Anchah, 46, berazam untuk meraih pingat emas dalam kejohanan bina badan di Seoul, Korea tahun hadapan.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaannya meraih pingat emas pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.

“Tahun hadapan saya akan berusaha lebih untuk meraih pingat emas di kejohanan bina badan yang akan diadakan di Seoul…memang hasrat saya ingin bersara…selagi saya sihat, saya akan terus aktif dalam sukan bina badan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching malam tadi.

Dalam kejohanan itu, Buda memenangi pingat emas dalam kategori masters 40-50 tahun selain pingat perak bagi kategori bawah 70kg.

Setiausaha Persatuan Bina Badan Sarawak (SBBA) Andy Ismail, yang turut menyambut ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching berkata kerajaan negeri juga akan memberikan insentif kepada para atlet yang telah mengharumkan nama negara namun, jumlah itu bergantung kepada peruntukan yang telah dibentangkan dalam bajet negeri.

“Selain itu, pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) juga akan membincangkan dalam usaha untuk memberikan elaun bulanan kepada beliau (Buda),” tambahnya. – BERNAMA

Tags: bina badan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Bina Badan 55 Tahun Seiras Master Roshi!

24/02/2019
0

SEORANG ahli bina badan kelahiran Vietnam berusia 55 tahun digelar sebagai 'Master Roshi' kerana dirinya yang iras seperti karakter dalam...

KBS Mahu MOM Pertimbang Bina Badan Dalam Senarai Sukan SEA 2019

17/12/2018
0

SEPANG - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi mempertimbangkan sukan bina badan disenaraikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd