• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bon Samurai Bukti Keyakinan Kukuh Jepun Terhadap Dr Mahathir

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakej bantuan kewangan Jepun kepada Malaysia termasuk penerbitan Bon Samurai, merupakan bukti keyakinan kukuh negara itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa berkata ​​​​​​​bon dalam denominasi yen bernilai RM7.4 bilion itu yang dijadual diterbitkan sebelum Mac tahun depan, juga tidak hanya mengurangkan beban kewangan Malaysia susulan komitmen kerajaan terdahulu, tetapi turut meningkatkan semula keyakinan pelabur Jepun untuk kembali ke negara ini.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata penerbitan bon 10 tahun itu juga adalah susulan kepada perbincangan di antaranya dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Kementerian Kewangan Malaysia sememangnya dalam usaha menerbitkan bon dalam denominasi yen di pasaran Tokyo bagi memastikan sumber kewangan besar untuk menggantikan hutang berkadar faedah amat tinggi yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu,” katanya.

Mengulas selanjutnya, Dr Miyagawa mendedahkan, teras kedua pakej kewangan itu adalah dalam bentuk pinjaman rasmi oleh kerajaan Jepun bagi pembiayaan beberapa projek dan program yang ditawarkan pada kadar faedah rendah serta tempoh pembayaran semula yang lebih panjang, termasuk beberapa program pembangunan pendidikan dan modal insan.

Beliau juga sempat berkongsi pemerhatiannya terhadap kemunculan semula Dr Mahathir menerajui pemerintahan negara pada Mei lepas.

“Kerajaan baharu Malaysia ini berjaya menyelamatkan negara daripada dihimpit bebanan hutang besar, malah telah memulakan semangat baharu menerusi platform dasar baharu bagi keadilan, kesaksamaan serta tadbir urus serta mengemudi Malaysia ke arah pertumbuhan yang lebih lancar,” katanya.

Tindakan sedemikian, kata duta itu, turut mengembalikan keyakinan peringkat tempatan dan antarabangsa terhadap demokrasi di Malaysia, sekali gus membuka peluang baharu membabitkan interaksi dengan penggiat serantau dan global.

“Ini turut memberi isyarat jelas kepada negara jiran Asia lainnya untuk membuat perubahan,” katanya.

Menyentuh aspek pelabur, Dr Miyagawa berkata keyakinan kalangan industri di Jepun untuk meninjau peluang serta mengembangkan pelaburan di Malaysia, juga kembali ketara susulan pentadbiran kerajaan baharu di negara ini.

“Walaupun industri kedua-dua negara berkongsi hubungan yang akrab, syarikat-syarikat Jepun ternyata keberatan untuk melabur dalam beberapa tahun kebelakangan ini akibat pergolakan politik di Malaysia.

“Namun, selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum tahun ini, pelabur Jepun telah mula meneliti semula pelaburan di Malaysua dan (sambutannya) adalah positif,” katanya.

Dr Miyagawa menyifatkan aliran perkembangan itu adalah hasil komitmen dasar pentadbiran baharu diterajui Dr Mahathir yang antaranya menyentuh aspek ketelusan, keadilan dan kedaulatan undang-undang.

“Pihak Jepun menerusi sektor awam dan swasta, kedutaan dan industrinya yang menjalankan perniagaan di Malaysia pasti teruja untuk meneruskan serta memperhebatkan lagi dialog dengan pihak berkuasa dan pertubuhan industri di Malaysia.

“Dialog sedemikian amat penting bagi kefahaman bersama selain turut memberi jaminan serta dorongan kepada lebih banyak syarikat Jepun untuk datang ke Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lupakan Hasrat Ke Stadium Beli Tiket Final AFF Suzuki

Next Post

Jatuhkan MB Perak: SPRM Mungkin Panggil Semula 6 ADUN

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Jatuhkan MB Perak: SPRM Mungkin Panggil Semula 6 ADUN

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd