• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Pahang Mula Gerak Kerja Hadapi PRK Cameron Highlands

oleh Ahmad Albab
14/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIPIS – Barisan Nasional (BN) Pahang sudah memulakan gerak kerja awalan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Cameron Highlands, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,

Beliau berkata tindakan itu bermula selepas dimaklumkan bahawa calon BN Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Datuk C.Sivarraajh tidak akan mengemukakan rayuan kepada keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan beliau.

Katanya, tempoh untuk Sivarraajh mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah pada 30 Nov lepas juga tamat semalam, dan BN Pahang menghormati keputusan MIC untuk menyerahkan semula kepada rakyat dengan mengadakan PRK.

“Kita serah balik dan yakin mereka (rakyat) akan membuat keputusan yang bijak dalam menilai siapa yang harus mereka pilih sebagai Anggota Parlimen. Ini (PRK) adalah cara yang terbaik… biar rakyat pilih.

“InsyaAllah peluang (untuk BN menang) ada,” katanya kepada pemberita selepas Menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bagi Daerah Lipis, Raub dan Jerantut kepada 542 orang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Wan Rosdy, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, juga tidak menolak kemungkinan besar Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC akan dicalonkan semula bagi mewakili BN pada PRK itu.

DUN Jelai terletak di bawah Parlimen Cameron Highlands.

“… bagaimanapun keputusan muktamad terserah kepada pimpinan MIC. Setakat ini, BN Pahang tiada mengemukakan senarai nama (sebagai pertimbangan calon).

“Rakyat Cameron Highlands sudah mengenali Sivarraajh kerana tiga bulan selepas dilantik sebagai Anggota Parlimen, banyak perkara yang dilakukan beliau selain kerap turun ke Jelai dan Tanah Rata untuk membantu penduduk di situ,” katanya.

Pada 30 Nov lepas, Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan PRK diadakan bagi kerusi Parlimen itu, selepas mengisytiharkan kemenangan Sivarraajh yang juga Naib Pengerusi MIC sebagai tidak sah dan terbatal akibat wujud amalan rasuah.

Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan empat calon lain termasuk calon DAP M.Manogran yang memperoleh 9,710 undi.

Sementara itu, dalam ucapannya Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang berkata pimpinan dan anggota UMNO negeri ini bekerja dalam satu semangat setiakawan yang cukup tinggi, agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Wan Rosdy Wan IsmailPRK Cameron Highlands
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

25/02/2026
0

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama, khususnya...

Pahang ‘Halalkan’ Aktiviti Melombong Bahan Mineral

16/04/2022
0

LIPIS: Pahang mewujudkan Skim Pelombong Kecil (SPK) kepada pengusaha aktiviti perlombongan mineral untuk mengelakkan aktiviti berkenaan dibuat secara haram mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd