• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Tak Guna

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Seorang lelaki ditangkap kerana menggantung anak lelakinya dalam keadaan terbalik di tingkap sebelum memukul kanak-kanak itu dan merakamkan perbuatan berkenaan semata-mata untuk memaksa ibu mangsa kembali kepadanya.

ABS-CBN News melaporkan kejadian itu berlaku di Santa Rosa, Laguna di Luzon pada 18 Disember lalu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Melvin Caro Batitis memberitahu polis, teman wanitanya pergi bercuti di Iloilo di pulau Visayas selama dua minggu menyebabkan dia berang kerana mengesyaki wanita itu curang.

“Teman wanita saya berkata, dia bercuti di wilayah itu dan akan kembali pada tahun baru nanti. Bagaimanapun, saya diberitahu dia tidak akan pulang kerana sudah bertemu lelaki lain,” katanya.

Lelaki itu juga mengaku dia mabuk ketika mendera anaknya yang berusia empat tahun.

GMA News melaporkan lelaki itu merakamkan perbuatan berkenaan sebelum menghantar video itu kepada teman wanitanya pada hari Krismas lalu.

Ibu kanak-kanak itu kemudian menghantar video berkenaan kepada kakaknya sebelum wanita itu menyerahkannya kepada polis untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Santa Rosa, Eugene Orate memberitahu polis menyelamatkan kanak-kanak itu pada hari yang sama.

Batitis ditangkap dua hari kemudian ketika bersembunyi di sebuah ladang berhampiran landasan kereta api di kampung Barangay Pooc.

Orate memberitahu Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat memfailkan tuduhan mendera kanak-kanak terhadap lelaki itu dan teman wanitanya mungkin juga dikenakan tindakan jika didapati sengaja meninggalkan anaknya.

Video berkenaan tular di laman sosial termasuk di Malaysia sehingga ada yang menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap lelaki itu kerana menyangka ia berlaku di negara itu. – Agensi/myMetro Online

Tags: BapaKes dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd