• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Raih Perak Acara Keirin Di Piala Dunia UCI

oleh
16/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelumba elit negara, Mohd Azizulhasni Awang berjaya meraih pingat perak acara keirin lelaki pada siri keempat Kejohanan Berbasikal Trek Piala Dunia UCI di Lee Valley Velopark, Stratford, London, pada Sabtu.

Pingat emas dan gangsa acara itu masing-masing dimenangi pelumba Belanda, Matthijs Buchli serta Theo Bos.

“Mengambil semangat daripada pasukan Harimau Malaya (bola sepak negara) yang beraksi di AFF Suzuki Cup, saya telah berjaya mendapat pingat Perak dalam acara Keirin di Kejohanan UCI Track Cycling World Cup London 2018 di mana kejohanan ini disertai sebanyak 47 negara.

“Saya gembira kerana pencapaian ini adalah satu peningkatan selepas mendapat pingat gangsa di siri World Cup yang lepas di Berlin,Jerman. Sesungguhnya ini adalah indikasi yang saya berada di landasan yang betul dalam misi untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,” pelumba berusia 30 tahun itu dipetik sebagai berkata dalam laman Facebook miliknya.

Terdahulu, dalam saringan pusingan pertama, pelumba kelahiran Kuala Dungun, Terengganu itu sekadar menduduki tempat ketujuh dan memaksa beliau melalui pusingan “repechage” untuk meraih tempat di separuh akhir.

Beliau kemudian berjaya meraih tempat ke saingan akhir selepas memenangi saringan kedua peringkat separuh akhir. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Pagi Ini

Next Post

Kesihatan Muhammad Adib Semakin Merosot

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Kesihatan Muhammad Adib Semakin Merosot

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd