• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizul Gagal Raih Kedudukan Podium Siri Piala Dunia Di UK

oleh
17/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang gagal dalam misinya untuk meraih kedudukan podium selepas mengakhiri cabaran pada tempat ke-15 daripada 35 peserta dalam acara pecut individu pada pusingan keempat Kejohanan Berbasikal Trek Siri Piala Dunia UCI di United Kingdom pada Ahad (Isnin di Malaysia).

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu yang meraih perak dalam acara keirin individu sebelum ini, tewas kepada pelumba Great Britain, Jack Carlin pada pusingan ketiga, sekali gus gagal mara ke peringkat suku akhir pada aksi di Lee Valley VeloPark.

Carlin mencatat 10.032 saat manakala Mohd Azizulhasni ketinggalan 0.013 saat di belakang.

Mohd Azizulhasni mengakui beliau agak kurang berpuas hati dengan catatan masa berkenaan, namun mengakui faktor kepenatan setelah menyertai acara keirin pada hari sebelumnya selain kurang waktu tidur, menjejaskan prestasi beliau pada perlumbaan berkenaan.

“Walaupun tidak berjaya untuk ke pusingan seterusnya (suku akhir), ini adalah pencapaian terbaik untuk acara pecut individu daripada empat siri piala dunia yang telah disertai.

“Paling penting adalah dapat menambah koleksi mata untuk misi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi acara ini setelah selesa dalam acara keirin,” jelas Mohd Azizulhasni yang dipetik sebagai berkata menerusi laman Instagramnya; @azizulawangofficial.

Untuk rekod, pemenang tiga kali Olahragawan Kebangsaan itu gagal meraih sebarang kedudukan podium pada dua siri Piala Dunia iaitu di Perancis dan Kanada, namun menebus kegagalan tersebut setelah meraih pingat gangsa dalam acara keirin pada pusingan ketiga di Berlin, Jerman, bulan lepas.

Kejohanan Siri Piala Dunia UCI merupakan kejohanan yang menawarkan mata untuk peserta bertanding bagi kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020. – BERNAMA

Tags: Azizulhasni Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bomba Selamatkan Lembu Jatuh Dalam Loji Air

Next Post

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

Related Posts

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

Adakah Ini Karma Saya Langgar Janji Kepada Ibu, Isteri Dan Anak-Anak? – Azizulhasni

14/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaya kerana gagal...

Jenazah Bapa Mohd Azizulhasni Selamat Dikebumikan

31/01/2022
0

DUNGUN: Jenazah bapa kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya...

Next Post

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd