• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awan Berbentuk Kalimah Allah Di Anak Krakatau

oleh
28/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBHANALLAH… Ketika penduduk di sekitar Selat Sunda masih lagi bimbang dengan status Anak Krakatau, masyarakat Indonesia pula gempar dengan imej awan di perairan gunung berapi itu!

Media tempatan melaporkan suatu fenomena alam cukup unik pada pagi Jumaat, yang dianggap penghulu segala hari bagi umat Islam di seluruh dunia; apabila ‘disajikan’ dengan pemandangan amat menakjubkan di selat tersebut.

Rakaman gambar yang diambil jurufoto pada pukul 6.30 pagi Waktu Indonesia Barat (atau 7.30 pagi di Malaysia), memaparkan tepat di atas Gunung Anak Krakatau terlihat penampakan awan yang berbentuk lafaz kalimah Allah.

Fenomena unik ini bagaimanapun hanya berlangsung sekitar tiga minit tetapi berjaya ‘diabadikan’ oleh jurugambar portal berita ternama tempatan berpusat di Jakarta, Sindonews.com, Isra Triansyah yang kebetulan berada di sana.

Dikatakan dia asalnya berniat merakam gambar dari tepi pesisir Pantai Tanjung Lesung untuk memaparkan imej aktiviti Gunung Anak Krakatau, namun kemudian mendapatkan gambar yang cukup membuatkan hati tersentuh.

Bagi masyarakat Muslim tidak kira di Indonesia; yang merupakan negara paling ramai penganut Islam atau pun di seluruh dunia, penampakan kalimah Allah boleh dianggap cukup istimewa sebagai bukti kekuasaan sifat Tuhan.

Ketika ini aktiviti Gunung Anak Krakatau semakin meningkat sehingga statusnya dinaikkan daripada taraf waspada menjadi siap siaga mulai semalam. Letusan telah dikesan sejak Julai lalu sebelum capai kemuncak minggu lepas.

Berbanding induknya yang meletup kuat pada tahun 1883 sehingga mengakibatkan tsunami cecah 26 meter, letusan Anak Krakatau pula dianggap baru 30 peratus sahaja daripada kekuatan ‘ibunya’ dahulu. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Anak KrakatauKrakatau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Masjid Tertua Selamat Daripada Krakatau

20/01/2019
0

SUBHANALLAH... Masjid Jami Al-Anwar dikenal sebagai masjid tertua di daerah Lampung, Indonesia yang masih lagi dapat bertahan sampai sekarang. Malahan...

Anak Krakatau Kian Besar, Ratusan Kali Meletus Sehari

05/10/2018
0

ANCAM... Di sebalik tragedi gempa dan tsunami di Sulawesi baru-baru ini, Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda kembali dapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd