• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Khabar Michael Schumacher?

oleh Cj Mnh
21/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Musim sejuk kali ini diiringi dengan cuaca yang cerah tetapi tiada khabar terbaharu kedengaran dari luar kediaman mewah bernilai 50 juta pound (RM263 juta) didiami legenda Formula 1 (F1), Michael Schumacher yang disembunyikan daripada dunia luar.

Pada 29 Disember ini, genap­lah lima tahun sejak pemandu F1 paling berjaya dalam sejarah sukan itu, yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 lima hari berselang, ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawanya di Maribel dekat pergunungan Alps, Perancis.

Namun, isteri Schumacher, Corinna yang dikahwininya pada 1995 tetap bertegas mahu merahsiakan keadaan bekas pelumba F1 itu, malah, sahabat-handai yang berhasrat melawat juga diminta tidak memberikan sebarang ulasan kepada media. Jika mereka berbuat demikian, maka terputuslah ikatan persahabatan tersebut.

Kelihatan beberapa anjing pengawal berkeliaran di luar kediaman Schumacher di Lake Geneva. Bapa Michael, Rolf, yang memiliki pusat go-kart di Kerpen berhampiran Cologne merupakan salah seorang pelawat tetap kediaman mewah itu.

Anda hanya mampu mende­ngar pukulan bola golf di sebuah kelab yang terletak bersebelahan rumah Schumacher, tetapi tiada seorangpun penduduk tempatan di Gland iaitu sebuah bandar yang berlokasi antara Geneva dan Lausanne, mengetahui perkembangan terkini superstar tersebut.

Bagaimanapun, Rolf, yang sering berkunjung ke Switzerland dari kediamannya di Bonn, mengesahkan Michael tinggal di banglo mewah tersebut, selepas dia terpaksa menepis dakwaan legenda F1 itu kini menetap di rumah rehat dibeli Corinna di Majorca musim panas lalu, ataupun di tempatkan di hospital pakar di Amerika Syarikat.

Anak lelaki Michael, Mick yang kini bergelar juara F3 menyertai pasukan F2, Prema sebagai persiapan beraksi dalam F1. Masa depan Mick dilihat cukup cerah, dengan tempat sama ada di Mercedes atau Ferrari dijanjikan bakal menjadi miliknya satu hari kelak.

Mick, sendiri tidak pernah berkongsi maklumat perubatan bapanya kepada pihak luar, tetapi bulan lalu dia memberi­tahu rangkaian televisyen Jerman, RTL tentang hubungannya dengan Michael sebelum kemalangan.

“Bapa saya pernah bertanya jika saya berminat berlumba secara profesional atau melakukannya untuk suka-suka sebagai hobi. Saya jawab, sudah tentu saya mahu melakukan secara profesional,” katanya. – AGENSI

Tags: lagendaMichael Schumacher
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Schumacher Mampu Capai Harga Termahal

Kereta Schumacher Mampu Capai Harga Termahal

06/10/2022
0

LONDON : Kereta Ferrari yang dipandu Michael Schumacher pada musim 2003 adalah jentera Formula Satu (F1) terbaharu milik legenda itu...

Lagenda Rock n’ Roll Chuck Berry Meninggal

19/03/2017
0

WASHINGTON - Lagenda Rock n' Roll, Chuck Berry meninggal dunia pada usia 90 tahun semalam, menurut Polis Missouri. "Pihak Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd