• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminuddin Gesa Nurul Izzah Timbang Semula Keputusan Letak Jawatan

oleh Cj Mnh
18/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan Aminuddin Harun menggesa Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar agar mempertimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ini kerana Nurul Izzah adalah antara penggerak utama dan penyumbang besar kekuatan parti sejak awal penubuhannya.

“Parti ini telah dibina bersama beliau dan beliau adalah penyumbang terbesar sehingga parti dapat mencapai sehingga ke tahap terbaik hari ini. Kenapa sekarang timbul soal nepotisme, ini tidak sepatutnya kerana di awal perjuangan kita lihat keluarga ini telah digunakan untuk menaikkan semangat semua ahli dan rakyat di negara kita.

“Tetapi apabila kita telah berjaya, timbul pelbagai cerita, peranan dan tanggungjawab dan ini merupakan satu isu nakal yang tidak harusnya berlaku. Sepatutnya sebagai ahli kita harus menghargai sumbangan dan peranan masing-masing yang telah diberikan samada banyak atau sedikit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman mengejut Nurul Izzah semalam meletak jawatan Naib Presiden PKR. Anak kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu juga melepaskan jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata Nurul Izzah hendaklah mempertimbangkan semula keputusan tersebut untuk memastikan parti ini terus berjaya pada masa akan datang.

“Ini bukan untuk kepentingan individu tertentu, tetapi untuk keseluruhan rakyat yang sentiasa yakin dengan kepimpinan beliau, dengan idealisme perjuangan beliau. Kita juga yakin pemimpin muda ini mampu ke hadapan dengan lebih jayanya pada masa akan datang.

Apa juga punca menyebabkan beliau melepaskan jawatan, saya rasa beliau harus timbang semula kerana demi kepentingan rakyat dan penyokong serta lebih utama pendokong dan juga gerakan kepimpinan beliau,” katanya.

Mengenai desakan pihak yang mempertikaikan pelantikan beliau sebagai Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang tersiar di sebuah portal berita , beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk kepimpinan parti.

“Perkara ini dah selesai pun dan saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti sekali lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: letak jawatanNurul Izzah Anwar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

Hanifah Umum Letak Jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan

30/12/2025
0

SEREMBAN: Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di...

Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik PM

Shamsul Iskandar Letak Jawatan Setiausaha Politik PM

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengumumkan peletakan jawatannya, hari ini. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd