• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Angin Kencang & Laut Bergelora Di Kelantan Sehingga Khamis

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama bagi perairan Pantai Timur bermula hari ini sehingga Khamis, 3 Januari 2019.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Rabiah Zakaria ketika dihubungi berkata, angin kencang Timur Laut yang berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak sehingga 3.5 meter itu merbahaya kepada bot-bot kecil, reakreasi laut dan sukan laut.

Beliau berkata disebabkan keadaan itu, orang awam dan nelayan dinasihatkan agar peka dengan amaran yang dikeluarkan dan sebolehnya mengelakkan sebarang aktiviti pantai.

Nelayan khususnya yang menggunakan bot kecil diharap lebih berhati-hati keluar menangkap ikan ketika amaran masih berkuat kuasa, katanya.

Pada pukul 11.30 malam semalam (29 Dis), Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 3 Jan ini.

Amaran kategori pertama itu turut melibatkan perairan Tenggara Samui, Selatan Condore, Selatan Palawan, Pulau Layang-Layang, Tioman, Selatan Reef North, Reef South, Labuan dan Bungguran.

Sementara itu, Amaran Cuaca Waspada yang dikeluarkan pada pukul 5.30 petang, 28 Dis lepas meramalkan hujan lebat akan berlaku di Kelantan dan Terengganu mulai hari ini dan esok.

Antara kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat di Kelantan ialah daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Tumpat, Bachok dan Jeli. – BERNAMA.

Tags: Angin KencangRamalan Cuaca
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Utara, Pantai Timur Hingga 9 Malam

08/05/2022
0

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di bahagian utara dan pantai...

Ramalan Cuaca Buruk Di 6 Negeri Petang Ini

10/04/2022
0

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca buruk melibatkan negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd