• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amali Solat UPKK 2018 Catat Keputusan Lulus Hampir 100%

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Subjek amali solat dan penghayatan cara hidup Islam dalam Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) (UPKK) 2018 mencatatkan keputusan cemerlang lulus 99.9 peratus daripada 220,011 calon.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata mata pelajaran al-Quran pula mencatatkan kadar lulus 99.8 peratus.

“Pencapaian ini menunjukkan kejayaan pelajar dalam menguasai ibadat solat, tilawah al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian,” katanya kepada pemberita pada pengumuman keputusan UPKK di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Katanya calon boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan UPKK mulai 3 petang ini di sekolah masing-masing.

Selain itu, keputusan peperiksaan UPKK juga boleh disemak secara dalam talian di alamat http://semakan.islam.gov.my, katanya.

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip UPKKRESULTnombor mykid atau nombor pengenalan khas ke mySMS 15888 mulai 11 pagi ini hingga 11 pagi 25 Dis.

UPKK merupakan peperiksaan bagi murid-murid tahun lima kelas KAFA bertujuan mengukur pencapaian mereka setelah mengikuti pembelajaran KAFA berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

Lapan pelajaran yang diuji dalam UPKK dalam bentuk bertulis dan amali ialah amali solat, penghayatan cara hidup Islam, al-Quran, ulum syariah, sirah, adab (akhlak Islamiah), Jawi dan khat serta lughah al-Quran. – BERNAMA

Tags: JakimUPKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tubuh RCI Siasat Kematian Adib

Next Post

Adakah Mourinho Mampu Bertahan Sehingga Akhir Musim?

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

Next Post

Adakah Mourinho Mampu Bertahan Sehingga Akhir Musim?

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd