• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Akan Sedia Penerbangan Khas Ke Hanoi

oleh
09/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Penyokong Harimau Malaya berpeluang ke Hanoi dengan menaiki penerbangan khas AirAsia sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, jumlah pesawat yang bakal disediakan bagaimanapun bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi.

Ia juga bergantung kepada permintaan dan prestasi pasukan negara dalam perlawanan final pertama, Selasa ini.

Penerbangan khas itu secara tidak langsung dapat memastikan skuad negara mendapat sokongan padu bagi memenangi kejohanan itu, katanya selepas program ‘Executive Talk Air Asia: From Zero to Hero’ bersama warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

“Kita akan menggunakan pesawat yang lebih besar jika diberi kelulusan di samping akan turut menambah bilangan pesawat,” katanya.

“Buat masa ini kita tidak pasti lagi jumlahnya tetapi penting untuk kita lihat bagaimana persembahan skuad negara pada lusa dan jika prestasi mereka cemerlang sudah pasti ramai penyokong mahu bertandang ke Hanoi,” katanya.

Turut hadir Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Ahmad Zubaidi A. Latif.

Pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand baru-baru ini, AirAsia menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya.

Perlawanan akhir Piala AFF Suzuki menggunakan format timbal balik dengan skuad negara akan melayan kunjungan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil terlebih dahulu pada Selasa ini sebelum aksi final kedua di Hanoi pada Sabtu, 15 Dis. – BERNAMA

Tags: Piala AFF SuzukiTony Fernades
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chong Wei Kembali Ke Gelanggang Januari 2019

Next Post

PKR Pandang Serius Pendapat Suaram Tentang Kerajaan PH

Related Posts

Hujan Tidak Halang ‘Ekor’ Sambut Harimau Malaya

16/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Hujan lebat tidak menghalang ratusan penyokong hadir di Dataran Merdeka malam ini untuk memberi sokongan kepada skuad...

Piala AFF Suzuki 2018 Bukti Semangat Patriotisme, Kebersamaan Rakyat Malaysia

16/12/2018
0

KUALA PILAH - Walaupun pasukan Harimau Malaya tewas di Hanoi, semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang memberi...

Next Post

PKR Pandang Serius Pendapat Suaram Tentang Kerajaan PH

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd