• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihan Zakat Hanya Kepada Orang Islam – LZS

oleh
31/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menegaskan bahawa pengagihan zakat di negeri itu adalah hanya untuk umat Islam sahaja, dan bukan untuk disalurkan kepada agama lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Penyelaras LZS Abdul Basith Hamid berkata skop pengagihan zakat di Selangor yang diuruskan oleh LZS adalah berdasarkan kepada hukum syarak, meliputi lapan kategori asnaf seperti yang dijelaskan dalam surah at-Taubah ayat 60.

Katanya kenyataan berkenaan dikeluarkan sebagai maklum balas berikutan pekeliling dalaman LZS berhubung penggunaan motto baharu ‘Manfaat Zakat Untuk Semua’ yang tular di media sosial serta WhatsApp dan menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Beliau menjelaskan penggunaan motto baharu itu, bermula esok bagi menggantikan motto lama ‘Meneraju Perubahan’, membawa maksud yang sangat luas, iaitu ​​​​​​​menggambarkan ibadah zakat walaupun hanya dikhususkan kepada umat Islam tetapi manfaatnya dinikmati semua anggota masyarakat dalam kitaran ekonomi dan sosial, selaras dengan peranan zakat yang menyucikan dan menyuburkan.

Sekiranya taraf kehidupan asnaf dipertingkatkan, ia secara tidak langsung akan meningkatkan taraf sesebuah negeri atau negara, justeru, dengan maju dan makmurnya sesebuah negeri atau negara, akan bermanfaatlah setiap rakyat di dalamnya tanpa mengira bangsa atau agama, kata Abdul Basith.

“Misalnya, seorang mahasiswa asnaf dibiayai dengan wang zakat dalam bidang perubatan sehingga berjaya menjadi doktor pakar, maka manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pesakit tanpa mengira status, bangsa atau agama,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan LZS tidak ada kaitan dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk parti politik dan akan terus menyantuni asnaf di Selangor bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka.

“LZS juga sentiasa mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan Peraturan-Peraturan Zakat Dan Fitrah (Negeri Selangor) 2012 dalam melaksanakan operasi agihan dan kutipan zakat di Negeri Selangor,” katanya.

Beliau berkata agihan dan kutipan zakat di Selangor sentiasa dilakukan mengikut hukum syarak dan dipantau rapi oleh Majlis Agama Islam Selangor serta dikawal selia oleh jawatankuasa yang dilantik termasuk Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. – BERNAMA

Tags: LZS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Next Post

Dua Daripada Tiga Beradik Ditemui Lemas – Bomba

Related Posts

LZS Buka Permohonan Bantuan Banjir Fasa Kedua

01/01/2022
0

SHAH ALAM : Lembaga Zakat Selangor (LZS) membuka permohonan fasa kedua Bantuan LZS Peduli untuk mangsa-mangsa banjir di negeri ini....

LZS Perkasa Pengurusan Zakat Ke Arah Digitalisasi

24/12/2021
0

MENUJU ke arah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengorak langkah memacu pe- ngurusan zakat ke arah...

Next Post

Dua Daripada Tiga Beradik Ditemui Lemas - Bomba

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd