• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihan Pendapatan ASB 6.50 Sen, Bonus 0.50 Sen

oleh
21/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Ia merangkumi jumlah pembayaran pengagihan sebanyak 7.00 sen seunit dengan jumlah anggaran pembayaran sebanyak RM10.7 bilion yang akan memanfaatkan 9.6 juta pemegang unit yang memiliki 155 bilion unit dalam ASB.

Bagi dana unit amanah harga berubah pertamanya, Amanah Saham Nasional (ASN), ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 dengan hasil dividen 5.1 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih dana berkenaan setakat 20 Disember 2018.

Jumlah anggaran pengagihan sebanyak RM59.7 juta akan dimanfaatkan lebih 1.2 juta pemegang unit dengan lebih 1.8 bilion unit dalam dana.

Pada tahun lalu, ASNB mengumumkan agihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit bagi ASB.

Ia juga mengumumkan Bonus Khas Ulang Tahun Permodalan Nasional Bhd (PNB) ke-40 sebanyak satu sen seunit untuk baki sehingga 10,000 unit bagi ASB untuk tahun kewangan itu.Bagi ASN pula, ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017. – BH Online

Tags: ASB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agihan Pendapatan ASB 5.25 Sen

Agihan Pendapatan ASB 5.25 Sen

21/12/2023
0

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak...

Dividen ASB 4.6 Sen, Bonus Tambahan 0.5 Sen

Dividen ASB 4.6 Sen, Bonus Tambahan 0.5 Sen

22/12/2022
1

PETALING JAYA : Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd