• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AAM Tubuh Jawatankuasa Siasat Kemalangan Di Bandar Penawar

oleh
17/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – AAM Motorsports Sdn Bhd (AAM) akan menubuhkan jawatankuasa siasatan selepas menerima semua dokumen berkaitan insiden yang mengorbankan pelumba kelas CP150, Mohd Hafiz Nor Azman, semasa pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2018 di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengerusi AAM Tunku Datuk Mudzaffar Tunku Mustapha berkata jawatankuasa berkenaan akan ditubuhkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Kita amat sedih menerima berita pemergian pelumba, Mohd Hafiz semasa pusingan akhir kelas CP150. Litar itu telah diperiksa Inspektor Rasmi Sirkit AAM pada Jumaat (14 Dis) bagi memastikan kesemua ciri-ciri keselamatan dan penghadang berada di tempat sepatutnya untuk perlumbaan,” katanya.

“Kami ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Mohd Hafiz,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah ketika dihubungi Bernama, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut pada 6.30 petang tadi.

Beliau, bagaimanapun berkata butiran lanjut mengenai kemalangan itu tidak diperoleh.

Mohd Hafiz, 22, adalah anak kepada bekas pelumba Cub Prix, Nor Azman Mad Darus.

Pada tahun ini, Mohd Hafiz mewakili Petronas Racing Team-CKJ untuk bersaing dalam kategori CP150.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham berikutan kemalangan yang menimpa pelumba berkenaan. – BERNAMA

Tags: Cub Prix
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Israel Sengaja Mahu Hapus Sejarah Islam Baitulmaqdis

Next Post

Liverpool Kembali Rampas Takhta Liga

Related Posts

Fazli Sham Berundur Dari Cub Prix

19/03/2019
0

SETELAH hampir 20 tahun, Ahmad Fazli Sham akhirnya mengundur diri dari Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS apabila namanya tidak berada...

Jenazah Mohd Hafiz Selamat Dikebumi

17/12/2018
0

IPOH - Jenazah pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai...

Next Post

Liverpool Kembali Rampas Takhta Liga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd