• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

823 Aduan Diterima Sejak Pelaksanaan SST

oleh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menerima 823 aduan khususnya berkaitan kenaikan harga barangan sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 Sept lepas.

Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata daripada jumlah itu, 785 aduan telah disiasat dan diselesaikan manakala baki 38 aduan masih dalam tindakan.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Negara bahawa sebanyak 205 notis di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan bagi menganalisis serta melihat pematuhan peniaga terhadap aspek perundangan.

Katanya daripada keseluruhan notis itu, 95 daripadanya telah dianalisis dan didapati tidak melakukan kesalahan mencatut.

“Selain itu, sejumlah 2,618 notis juga telah dikeluarkan di bawah Seksyen 53A akta sama bagi mewajibkan peniaga menyelenggara dan menyimpan rekod perniagaan mereka,” katanya menjawab soalan Senator Rahemah Idris yang mahu kementerian menyatakan statistik terkini jumlah peniaga yang telah diambil tindakan akibat menaikkan harga barangan setelah pelaksanaan SST.

Chong berkata bagi memastikan peniaga tidak menjalankan aktiviti pencatutan sewenang-wenangnya, kementerian melaksanakan pelbagai usaha seperti menjalankan pemantauan harga barangan keperluan asas serta mengaktifkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara bagi membincangkan isu kos sara hidup secara holistik. – BERNAMA

Tags: SST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

Lim Guan Eng Saran Tangguh Kenaikan SST, Moratorium Untuk PKS

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mencadangkan kerajaan melaksanakan moratorium pembayaran faedah pinjaman bank sehingga akhir tahun...

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

Struktur SST Dikekalkan, Beri Impak Fiskal Lebih Pantas Kepada Kerajaan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengekalkan struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, sambil melaksanakan penambahbaikan bagi memastikan sistem percukaian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd