• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Sebab Kenapa 2019 Akan Lebih Mencabar

oleh Haris
31/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBENTAR tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan menjangka tahun 2019 akan lebih mencabar.

Tidak dapat dinafikan dan diragui kebimbangan bekas perdana menteri ini, lebih-lebih lagi jika kita memerhati dan membaca catatan demi catatan beliau di laman sosial sejak beberapa bulan lalu.

Dari semua sudut, politik, ekonomi dan kemasyarakatan, negara akan menghadapi tempoh yang amat sukar dalam hari dan tahun mendatang.

Di sini disenaraikan 5 sebab mengapa tahun 2019 ini membimbangkan dan akan amat mencabar kita semua sebagai rakyat Malaysia.

1. Kredibiliti kerajaan

Kredibiliti kerajaan terjejas teruk sejak Pakatan Harapan menjadi kerajaan. Ini bukan hanya berita buruk kepada kerajaan PH, tetapi kepada semua kerana apa yang berlaku ini menanam dan mengukuhkan kepercayaan bahawa kerajaan tidak boleh dipercayai dan hanya bersikap populis dan oportunis demi kepentingan sendiri. Kepercayaan ini boleh membawa kepada suasana tidak percaya dan membawa risiko masa depan.

2. Sentimen politik kumpulan

Perbezaan antara parti, kaum, agama dan sebagainya menjadi ciri politik yang semakin jelas di bawah PH. Ahli politik bukan Melayu sudah menunjukkan keangkuhan. Akibatnya, kebangkitan bangsa Melayu sudah tercetus. Suasana yang sudah dicetuskan ini tidak dapat dihentikan lagi.

3. Kehilangan semak dan imbang

Apa yang berlaku dengan Khazanah dan Tabung Haji menunjukkan pihak tertentu sedang melaksanakan agenda mereka dan tindakan ini tidak dapat dicegah dan dihentikan. Dalam keadaan DAP mendominasi pentadbiran, suasana lebih buruk dijangka berlaku lagi sepanjang 2019.

4. Ekonomi terjejas

Amat malang bagi rakyat Malaysia, janji terakhir penurunan harga minyak yang diharapkan dapat ditunai dimungkiri pada saat akhir sebelum memasuki 2019. Semua kebaikan ekonomi yang dijanjikan tidak tercapai malah rakyat pula dicukai dengan harga minyak. Ramai hilang pekerjaan dan ekonomi semakin suram.

5. Pertembungan politik

Ramai menjangka pertembungan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berlangsung pada 2019. Keadaan politik ini akan sekali lagi merosakkan ketenteraman rakyat, terutama mereka yang berparti dan yang akan ditarik sekali dalam pertembungan ini. Keadaan yang telah merosot sejak Mei lalu hanya nampak akan bertambah buruk akibat perlawanan politik ini. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimKerajaan Pakatan HarapanPolitik 2019Tun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memantau rapat perkembangan yang berlaku di Asia Barat ketika ini serta kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd