• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kementerian Belum Ada Taska – Yeoh

oleh Ahmad Albab
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga kementerian masih belum mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di premis masing-masing, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata tiga kementerian tersebut adalah Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli; Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

“Melalui peruntukan Bajet 2019, kementerian diberi tanggungjawab menguruskan peruntukan RM10 juta yang disediakan kepada 50 buah Taska di bangunan kerajaan bagi menggalakkan penubuhannya di tempat kerja sektor awam.

“Dengan peruntukan ini, Taska di tempat kerja akan bertambah seterusnya meningkatkan kapasiti kanak-kanak di Taska di tempat kerja yang boleh mengurangkan kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak masing-masing,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Muhamad Mustafa yang ingin tahu apakah usaha kerajaan dalam menyelesaikan dilema ibu bekerja yang menghadapi masalah untuk menghantar anak ke pusat asuhan yang selamat.

Yeoh berkata kementerian telah melaksanakan beberapa langkah dan inisiatif bagi menggalakkan majikan menyediakan Taska di tempat kerja sektor awam dan swasta.

Selain itu, katanya kementerian turut menggalakkan sektor swasta mewujudkan Taska di tempat kerja bagi memberi peluang kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang bekerja berhampiran untuk menghantar anak ke Taska tersebut.

Beliau berkata kementerian juga sedang berbincang dengan syarikat utiliti untuk mengurangkan kadar tarif bagi kos operasi Taska. – BERNAMA

Tags: Hannah Yeohtaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

Hannah Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Baharu

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) yang baharu, kata...

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

KBS Tunggu Keputusan Rayuan Kepada FIFA, Enggan Isu Sama Berulang

30/09/2025
0

CYBERJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menunggu keputusan rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd