• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

149 Negara Enggan Iktiraf Yahudi Ada Hak Al-Aqsa

oleh
05/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERSEJARAH… Israel sekali lagi malu apabila Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) tolak sebarang hubungan antara pihak Yahudi dengan Masjidil Aqsa di Baitulmadqis.

Malahan majoriti negara di dunia turut meluluskan enam resolusi bagi kutuk pelanggaran undang-undang oleh askar rejim Zionis terhadap penduduk Palestin di wilayah diduduki secara haram oleh pendatang Yahudi.

Antaranya ialah Resolusi A / 73 / L.29 bertajuk ‘Baitulmaqdis’ yang gesa kekal status quo bersejarah di tempat suci ketiga umat Islam iaitu Baitulmaqdis, termasuk kawasan kompleks Haram Al-Sharif, untuk terus dihormati.

Penggunaan nama Arab, ‘Baitulmaqdis’ bagi kota itu dalam dokumen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah ditafsirkan sebagai penolakan halus terhadap dakwaan kononnya ia mempunyai hubungan dengan pihak Israel.

Nama yang digunakan oleh orang Yahudi – Temple Mount – pula langsung tidak disebutkan dalam mana-mana dokumen PBB bagi rujukan terhadap sekitar masjid bersejarah itu yang mampu muat lebih 100,000 jemaah.

Resolusi berkenaan diluluskan dengan 149 undi yang memihak, 11 menentang dan 14 berkecuali. Dalam resolusi itu, UNGA perbaharui pengakuannya bahawa apa-apa tindakan diambil oleh pentadbiran Israel, adalah jelas haram.

Ini termasuk tindakan kejam rejim tersebut yang sering mengenakan undang-undang, kuasa dan pentadbirannya ke atas penduduk Palestin di wilayah Baitulmaqdis sekali gus dianggap sebagai batal, tidak sah dan tiada legitimasi.

Perhimpunan berkenaan turut seru agar kerajaan Israel segera menghentikan semua prosedur haram dan unilateral. Selain itu, UNGA turut meluluskan beberapa resolusi yang lain mengenai persoalan isu Israel-Palestin.

Ia dengan jelas menolak pendudukan kumpulan askar Israel di dataran tinggi Golan, dan meminta rejim tersebut segera menarik pasukan tenteranya dari semua kawasan Bukit Golan di Syria yang diduduki secara haram.

Resolusi baharu tersebut juga mengisytiharkan bahawa keputusan Israel pada 14 Disember 1981 untuk mengenakan undang-undang, bidang kuasa dan pentadbirannya terhadap Bukit Golan di Syria adalah tidak sah.

Pemerhati Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour berkata, masyarakat antarabangsa mengesahkan sokongan terhadap tujuan nasional Palestin, walaupun terdapat usaha yang dilakukan oleh pentadbiran Amerika Syarikat.

Ini termasuk menerusi forum antarabangsa ditaja kuasa besar dunia itu untuk tentang isu ini selepas Israel tahun lalu diaibkan UNGA tolak iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baharu ganti Tel Aviv. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: IsraelYahudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

Iran Berjaya Musnahkan Pesawat Radar AS Bernilai Hampir RM3 Bilion

29/03/2026
0

RIYADH: Iran dilaporkan berjaya melancarkan serangan tepat menggunakan peluru berpandu dan dron ke atas pangkalan tentera Amerika Syarikat di Arab...

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

100 Buah Kereta Kebal Israel Berjaya Dimusnahkan?

29/03/2026
0

Oleh Mynewshub Realiti Atau Perang Persepsi? Ketegangan di sempadan selatan Lubnan terus memuncak apabila kumpulan Hezbollah mendakwa telah berjaya memusnahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd