• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zoo Johor Berusia 36 Tahun Kini “Berwajah Baharu”

oleh
21/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Zoo Johor hari ini “berwajah baharu” selepas sekumpulan sukarelawan menggembleng tenaga untuk mengecat semula pagar dan tembok di sekitar kawasan zoo itu terletak di Jalan Gertak Merah, dekat sini.

Menerusi Program Zooventure, seramai 60 kakitangan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) bergotong-royong mengindahkan zoo berkenaan yang merupakan antara zoo tertua di Malaysia berusia 36 tahun itu.

Seorang sukarelawan, Nur Izzati Mazlan berkata perasaan tanggungjawabnya itu muncul setelah melihat sendiri keadaan di zoo berkenaan yang dilihat perlu diberi wajah baru dan ditambah baik terutama dari segi fasiliti.

“Program seumpama ini perlu diteruskan, supaya dapat menjadi contoh kepada pihak-pihak lain untuk membantu membangunkan lagi zoo ini terutama dalam menambah baik fasiliti, tandas dan juga penjagaan haiwan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Besar Kewangan KPRJ, Khairudin Hasan berkata program berkenaan dilihat sebagai timbal balik yang mampu memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada masyarakat.

Ketua Eksekutif KPRJ Norazam Osman pula berkata program Zooventure di bawah KPRJ-HOPE itu merupakan salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan dengan kerjasama syarikat Nippon Paint (M) Sdn Bhd yang turut memberi tajaan.

Katanya, KPRJ juga akan terus menyumbang dalam pembangunan mampan komuniti sekitar dan menjadikan ia sebagai pendekatan utama terutama program yang melibatkan persekitaran dan masyarakat.

Zoo Johor yang dibuka pada 1982 kini menempatkan lebih 100 spesies haiwan termasuk beberapa spesies haiwan terancam. – BERNAMA

Tags: zoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

15/01/2023
0

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja dalam kalangan penduduk di...

Sembilan Ekor Serigala Terlepas, Zoo Terpaksa Ditutup Serta-merta

25/12/2021
0

Montredon-Labessonnie: Gara-gara sembilan ekor serigala terlepas daripada jagaan, sebuah zoo di selatan Perancis terpaksa ditutup sementara untuk memastikan keselamatan pengunjung....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd