• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zainuddin Maidin Dirawat DI ICU

oleh
13/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya di sini akibat paru-paru berair.

Menurut adiknya Abdul Lazam, Zainuddin yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan berada dalam keadaan sedar namum dinasihatkan untuk banyak berehat oleh doktor.

Sambil menafikan khabar angin Zainuddin berada dalam keadaan nazak, Abdul Lazam berkata: “Abang saya dalam keadaan sedar dengan keadaan sekelilingnya dan boleh bercakap dengan semua yang datang untuk melihat keadaannya.”

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata laporan yang mengatakan Zainuddin,79, dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10 di sini juga tidak tepat.

“Abang saya mengadu sakit dada dan lelah. Melihatkan keadaannya agak serius semalam anggota keluarga memutuskan supaya dia dibawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, Zainuddin dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya kira-kira 10 malam semalam dan dimasukkan ke wad biasa sebelum dipindahkan ke ICU pagi ini selepas doktor mengesan air dalam paru-parunya.

Menurut Abdul Lazam, Zainuddin sebelum ini tidak menghidap sebarang penyakit serius. – BERNAMA

Tags: Zainuddin Maidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Mahathir Ziarah Jenazah Zainuddin Maidin

15/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara orang kenamaan yang hadir hari ini untuk menziarahi jenazah bekas...

Jenazah Zainuddin Dibawa Keluar Dari Kediaman Di Putrajaya

15/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jenazah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dibawa keluar dari kediaman beliau di Presint 10, di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd