• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yusri Dilantik Ketua Jurulatih The Red Warriors

oleh
20/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) secara rasmi melantik Yusri Che Lah sebagai Ketua Jurulatih The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan tersebut diambil selepas mengadakan perbincangan dengan jurulatih kelahiran Perlis itu pada 12 Nov lepas.

“Yusri bersetuju untuk menyambung kontrak setahun lagi sehingga 2019 bersama pasukan The Red Warriors yang mana pada musim ini dia dipertanggungjawab mengendalikan pasukan sebagai pemangku jurulatih.

“Ia satu keputusan positif (kepada pasukan) memandangkan kita mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk kembali ke Liga Super musim 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Musim ini Yusri Che Lah diberikan kepercayaan mengemudi TRW sebagai pemangku jurulatih sebanyak dua kali selepas KAFA memecat jurulatih dari Thailand, Sathit Bensoh pada awal musim dan peletakan jawatan jurulatih dari Syria, Fajr Ibrahim pada pertengahan musim ini.

Bibi Ramjani berkata pelantikan Yusri sebagai Ketua Jurulatih The Red Warriors berkuatkuasa secara rasmi bermula hari ini.

“Beliau akan diberi tanggungjawab untuk memenuhi KPI yang ditetapkan dan kami menyerahkan sepenuhnya mandat kepada Yusri bagi menentukan pemain tempatan dan import yang bakal menggalas cabaran dalam saingan Liga Premier musim depan.

“Kami harap dengan pengalaman yang dimiliki Yusri akan dapat membina semula pasukan Kelantan sekaligus membawa kejayaan kepada pasukan musim depan,” katanya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Yusri pada musim ini termasuklah berjaya membawa pasukan Kelantan layak beraksi ke peringkat suku akhir Piala Malaysia. – BERNAMA

Tags: Yusri Che Lah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yusri Che Lah Letak Jawatan Ketua Jurulatih Skuad Projek FAM-MSN

10/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Jodoh bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah bersama Skuad Projek FAM-MSN tidak kekal lama apabila beliau meletak jawatan...

Ketua Jurulatih: KAFA Masih Tunggu Keputusan Yusri

03/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih menunggu keputusan Yusri Che Lah bagi pengesahan jawatan ketua jurulatih pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd