• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

William, Kate Beri Penghormatan Kepada Vichai

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Putera William dan isterinya, Kate, mengunjungi Stadium King Power di Leicester semalam untuk memberi penghormatan kepada mendiang Vichai Srivaddhanaprabha, yang terbunuh dalam nahas helikopter bulan lalu.

Selepas berbual beberapa minit bersama keluarga mendiang termasuk anak lelakinya, Aiyawatt, Duke dan Duchess of Cambridge itu meletakkan sejambak bunga di antara lautan jambangan bunga lain berhampiran tapak nahas.

Helikopter dinaiki Vichai terhempas ke tanah dan terbakar sejurus berlepas dari kawasan stadium susulan perlawanan menentang West Ham 27 Oktober lalu, yang turut mengorbankan empat mangsa lain.

Ketika meluangkan masa di kelab berkenaan, William dan Kate bertemu badan kebajikan dan peminat yang mendapat manfaat daripada sifat dermawan Vichai.

“Beliau umpama jel dan gam masyarakat. Jika lebih ramai pemilik mencontohi sikap seperti ini yang memberi manfaat kepada masyarakat, sila berbuat demikian,” kata William.

Putera raja itu yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak, bertemu pemilik Leicester terbabit di ibu kota ini bagi membincangkan tugas kebajikan dilakukannya dan bola sepak, hanya beberapa minggu sebelum nahas.

William, bekas juruterbang helikopter ambulans udara mendedahkan, beliau pernah terbang bersama juruterbang Eric Swaffer pada masa lalu, yang meninggal dunia dalam nahas, menyifatkan pengalamannya sebagai sesuatu yang berharga. – AFP/ONLINE

Tags: putera williamVichai Srivaddhanaprabha
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“England Usah Malu” – Putera William

12/07/2018
0

BANGGA... Putera William berkata, beliau berbangga dengan pasukan England kerana mereka telah "mencipta sejarah" pada Piala Dunia 2018 di Rusia....

Kate Pulang Ke Istana Hanya 7 Jam Selepas Bersalin

24/04/2018
0

TIDAK seperti ibu-ibu lain, Kate Middleton memutuskan untuk pulang awal dari hospital, hanya tujuh jam selepas melahirkan cahaya mata ketiganya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd