• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Watson Nyambek Nafi Laporan Beliau Jutawan Bitcoin

oleh Cj Mnh
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini menafikan laporan yang dikatakan berita dan dikongsi menerusi laman sosial mendakwa beliau jutawan siling digital, bitcoin.

Bekas pemegang rekod 100 meter kebangsaan itu berkata laporan tersebut adalah palsu dan dibuat dengan niat jahat untuk menipu mereka yang mudah percaya dengan skim cepat kaya.

“Ya, saya tahu tentang laporan berita yang tular menerusi Facebook dan itu adalah satu penipuan, jangan percaya,” katanya kepada Bernama, di sini.

Watson, 42, turut menafikan pernah ditemu bual dalam rancangan bual bicara yang dihoskan oleh pelawak terkenal Harith Iskandar bagi membincangkan tentang pelaburan bitcoin seperti yang didakwa dalam laporan itu.

Katanya beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis dan juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung berita palsu tersebut memandangkan ia melibatkan reputasinya.

“Buat masa ini saya belum putuskan bila akan buat laporan itu kerana saya faham bukan mudah untuk kesan dalang di sebalik penipuan ini,” katanya.

Berita palsu berbahasa Inggeris yang disiarkan menerusi https://localdaily-cc.com/effective-ways-for-avoiding-bankruptcy/ mendakwa Watson bebas daripada muflis dan menjadi jutawan segera selepas terlibat dalam perdagangan bitcoin automatik menerusi platform yang dikenali sebagai ‘Bitcoin Revolution’.

Laporan itu mendakwa Watson turut membuat demonstrasi pelaburan bitcoin menerusi rancangan bual bicara Harith dengan mendepositkan wang Harith sebanyak RM1,050 melalui platform tersebut dan dalam tempoh tiga minit pelawak berkenaan menerima keuntungan berjumlah RM2,012.

Berita palsu itu yang turut memaparkan foto Watson selain gambar Harith ketika mengacarakan program tersebut, mendakwa pelawak berkenaan membuat keuntungan tambahan sebanyak RM1,659.06 dalam tempoh lapan minit. – BERNAMA

Tags: bitcoinWatson Nyambek
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Projek Rancangan Tebatan Banjir Di Pahang

Next Post

Tiada Lagi Monopoli Astro Dalam Penyiaran Televisyen Berbayar

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Padah Lombong Bitcoin Di Rumah

03/06/2022
0

Pasir Mas : Seorang juruteknik komputer ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin dan mencuri bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad...

Next Post

Tiada Lagi Monopoli Astro Dalam Penyiaran Televisyen Berbayar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd