• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Hina Islam Dibebas Dari Penjara

oleh Ahmad Albab
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD – Seorang wanita Pakistan beragama Kristian dibebaskan dari penjara seminggu selepas Mahkamah Agung membatalkan sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana menghina Islam.

Sumber kerajaan berkata, wanita itu kini berada di satu lokasi selamat kerana dibimbangi akan menjadi mangsa serangan pihak tertentu.

Pembebasan Asia Bibi, ibu kepada lima anak mencetuskan kemarahan dari parti radikal Islam yang mengancam mahu melumpuhkan kegiatan harian seluruh negara dengan tunjuk perasaan jalanan jika hukuman itu tidak diteruskan.

Bibi, 53 disabitkan dengan kesalahan menghina Islam pada 2010 selepas mengeluarkan kata-kata kesat mengenai agama itu apabila dihalang meminum air dari gelas milik jiran-jirannya kerana beragama Kristian. Dia menafikan semua pertuduhan berkenaan.

Kes terbabit mendatangkan kemarahan penduduk Kristian seluruh dunia dan Paus Francis dalam pertemuan dengan keluarga Bibi awal tahun ini memberi jaminan akan sentiasa mendoakan wanita berkenaan manakala kerajaan Itali pada Selasa lalu berkata, akan cuba membantu Bibi yang berfahaman Katholik, meninggalkan Pakistan.

Kesalahan menghina Nabi Muhammad SAW membawa kepada hukuman mati mandatori di Pakistan yang terdiri daripada 95 peratus penduduk beragama Islam dan minoriti penduduk Kristian dianggarkan berjumlah 2 peratus dari jumlah keseluruhan rakyat.

Tiga pegawai keselamatan awal pagi ini memberitahu Bibi sudah dibebaskan dari penjara di Multan, sebuah bandar di selatan wilayah Punjab.

Dia diterbangkan ke lapangan terbang berhampiran ibu negara, Islamabad namun berada dalam perlindungan kerana ancaman terhadap keselamatannya, kata kesemua pegawai berkenaan yang enggan diketahui. – Reuters/BH ONLINE

Tags: hina islamPakistan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd