• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditemui Lemas, Dihanyutkan Kepala Air

oleh
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui lemas dipercayai dihanyutkan kepala air di sebuah kem di Sungai Congkak, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang juga pelajar sebuah kolej swasta di Taman Maluri dikatakan terjatuh ketika sedang bermain air di lokasi kejadian bersama seorang lagi rakannya.

Pegawai Kanan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Hulu Langat Rohazmi Kanafih berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik sebuah resort yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 2.57 petang.

Sebaik dimaklumkan, beliau bersama seorang lagi anggota PBS bergegas ke lokasi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa tersangkut di kawasan berbatu iaitu kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Rohazmi berkata badan wanita itu masih panas ketika ditemui dan pihaknya terus melakukan bantuan pernafasan sementara menunggu ambulans tiba.

Bagaimanapun, apabila ambulans tiba, wanita itu disahkan meninggal dunia.

Difahamkan mangsa bersama beberapa lagi rakan menyertai program yang dianjur kolej berkenaan.

“Mangsa terjatuh ke dalam sungai bersama seorang lagi rakannya dipercayai akibat ditarik arus kepala air. Rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas berpaut pada dahan pokok berhampiran,” katanya. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Kaji Kelemahan Pemohonan eVisa

Next Post

16 Premis Makanan Di Seremban Diarah Tutup

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

Next Post

16 Premis Makanan Di Seremban Diarah Tutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd