• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vape Dan Shisha Turut Dicadang Supaya Dilarang Di Semua Premis Makanan

oleh
19/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rokok elektronik (vape) dan shisha dicadangkan supaya turut disenarai di bawah peraturan larangan merokok di semua premis makanan yang akan dikuatkuasakan tahun depan.

Prinsipal Akademi Farmasi Malaysia Prof Madya Dr Mohamad Haniki Nik Mohamed dalam mengutarakan cadangannya berkata selain untuk menjaga kesihatan awam, penggunaan rokok elektronik sememangnya sudah dimasukkan sebagai takrifan merokok dalam pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

“Selain itu, kita juga tahu hampir kesemua perisa vape yang digunakan pengguna alatan itu mengandungi nikotin, iaitu bahan kawalan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 di mana ia sepatutnya hanya boleh dijual pengamal perubatan berdaftar seperti ahli farmasi ataupun doktor.

“Wap yang dihasilkan daripada aktiviti ‘vaping’ tidak kira sama ada daripada perisa yang mengandungi nikotin atau tidak, boleh menimbulkan kesan kepada kesihatan dan ketidakselesaan kepada orang-ramai, ” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagi shisha pula, ia sememangnya mengandungi bahan daripada tembakau yang termasuk di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau dan wajar turut dilarang.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata vape dan shisha tidak termasuk dalam peraturan larangan berkenaan tetapi kementeriannya masih dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melibatkan produk-produk itu.

Menurut Dr Mohamad Haniki cadangan mengadakan kawasan khas untuk pengguna produk berkaitan tembakau di premis makanan adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan, namun pilihan yang lebih baik ialah mereka berhenti dari mengambilnya dengan bantuan ubat-ubatan yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Contohnya mereka boleh mengunyah gula-gula nikotin. Langkah terbaik ialah berhenti merokok atau menggunakan sebarang produk tembakau lain agar risiko penyakit dan kematian dapat dikurangkan dengan signifikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar semua produk berkaitan tembakau tidak kira rokok, vape mahupun shisha hanya dijual di premis khas dan berlesen bagi mengawal penggunaannya dalam kalangan masyarakat.

“Pada ketika ini banyak terdapat produk tembakau yang tidak berdaftar termasuk rokok dan perisa vape. Jika kita menetapkan penjualannya di premis berlesen yang dijaga pengamal perubatan berdaftar, kita boleh mengawal kerana kita tahusiapa yang menjualnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Shishavape
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

23 Ditahan, Rokok Elektronik, Vape Bernilai RM635,262 Dirampas

17/01/2026
0

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah menahan 23 individu serta merampas ribuan peranti rokok elektronik, vape dan cecair...

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

Pengharaman Penuh Vape 2026 – Dzulkefly

16/12/2025
0

JOHOR BAHRU: Malaysia komited mengharamkan sepenuhnya penggunaan vape dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan ia dapat dimuktamadkan menjelang tahun depan. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd